Tuesday 6 June 2017

Tak Perlu Sentap- Sentap


Assalamualaikum..guys..
hari nie..
Mocha harap u guys.. sihat ok...
masa.. post Mocha yang the latest one tu..
ala.. yang #projekmoveon tu..
Mocha ada tulis yang...
teguran sentap dan berhikmah tu lain,kan...



so, hari ini biar Mocha bagitau sebab apa...
sorry sangat kalau ada antara yang baca post Mocha kali ni
nak marah Mocha..nak kritik..
nak saman Mocha ke lepas nie,
Mocha minta maaf sgt2..
This is just my opinion...
Honestly, i don't really like Tarbiah Sentap
and Henshin..
bukan sebab Mocha nie tak suka TS dan Henshin
sebab Mocha nie tak suka bab2 agama nie..
bukan sebab itu..
sebabnya adalah Mocha rasa ada sesuatu yang Mocha
rasa ada yang missing dalam TS..
B4 Mocha bagitau sebab apa..
Mocha minta maaf ok..
seriously, this is one of the most daring steps in my life..
Mocha dah pendam lama...
sori sgt 2 kepada pihak TS, Henshin and so on...

sebab2 kenapa Mocha tak suka:

1. TAK BERHIKMAH

ok.. inilah yang Mocha nak jelaskan ini...
berhikmah dan sentap itu... sgt lah beza...
nak tau apa yang beza...
berhikmah itu ada berjuta cara..
berhikmah itu lembut tapi sampai ke hati..
berhikmah itu tidak menyakitkan
berhikmah itu tak memerlukan sentap..
berhikmah itu memerlukan kelembutan,
kebijaksanaan dan keikhlasan

Bagi Mocha pula..
sentap itu hanya satu cara
sentap itu tegas tapi kadang2 tak sampai ke hati
sentap itu menyakitkan
sentap itu tiada kelembutan
sentap itu tiada kelainan dan keikhlasan

memang betul keikhlasan itu ..
hanya Allah sahaja yang ukur...
bukan kerja Mocha utk judge TS ni ikhlas ke tak..

memang betul kalau tak sentap...
manusia tak akan sedar yang diorang salah...
sedang buat dosa...
jgn risau ..
Allah dan Rasulullah juga selalu juga buat macam tu...
namun 'sentap' Allah dan Rasulullah yang disampaikan
kepada kita sgt lain... berbanding sentap yang manusia sampaikan...
jgn lupa bahwa kita manusia.. tak sama dangan Pencipta kita...
Pencipta kita tahu hamba-hambaNya bagaimana

Bagi Mocha... sentap yang cuba TS  sampaikan...
kadang kala menyakitkan hati...
maaf Mocha katakan...
bukan bermaksud...
Mocha tak boleh terima apa yang ditulis...
apa yang ditulis memang betul...
cuma yang Mocha cari adalah HIKMAH..
yang ada dalam penulisan tersebut...
mana BERHIKMAHNYA dalam apa yang ditulis...
hikmah itu tidak akan dirasa selagi kita tak berhikmah...
bagi Mocha.. sentap memang tak kena bagi jiwa Mocha...

maybe.. Mocha adalah antara yang tak boleh ditegur dengan sentap..
tapi setakat yang Mocha lihat.. kesan sentap itu seakan hanya ketika membaca..
Mocha mengaku sendiri...
ramai yang membaca buku keluaran TS...
namun ramai juga yang menjadikannya hanya sekadar sebuah buku..
kepada yang berpegah teguh kepada TS...
Mocha ucapkan tahniah...
sebab tak jadi macam yang kebanyakkan itu..
ada yang suka membeli buku keluaran TS...
namun apabila... dia cuba berdakwah dengan prinsip sentap itu bagus..
dia tidak sedar bahawa lain orang, lain cara...
dia tak sedar yang dia telah 'terlanjur'
kadang2 terselit perkara yang sensitif ttg seseorang
not everyone need the same way...guys...

Saidina Umar r.a pernah berkata...
" didiklah anakmu mengikut zamannya,"
itu bukanlah hanya rekaan..
tapi itu fakta...
Saidina Umar sendiri tahu bahawa.. zaman dan zaman yang lain ..

nak tau kenapa terdapat pelbagai jenis teguran Allah dalam Al-Quran...
sebab Dia tahu bahawa... hamba-hambanya sangat berbeza...
Dia ciptakan kita berbeza kerana berbeza itu bagus...
kalau sama saje.. maknanya tak ada lah istilah 'berwarna-warni'

kadang-kala... Allah akan bercerita tentang syurga..
tentang betapa indahnya syurga...
kadang kala... Allah akan bercerita tentang neraka...
tentang betapa seksanya manusia di sana...
kadang kala... Allah tegur direct...
Kadang-kla... Allah tegur berkias...

sebab Dia Maha Tahu bahawa...
Dialah yang menciptakan perbezaan ..
perwatakan dan penerimaan manusia itu sendiri...

Maybe.. ada yang ckp TS tak ada sentap sgt..
tapi bagi yang hati dia macam kaca.. first time baca..
tambah2 yang tak boleh terima teguran macam tu..
dia tak akan pandang buku TS utk kedua kalinya...
bukannya bermaksud Mochalah orang nya...
tidak...
Mocha pernah mengkaji isi buku TS yang kedua dan ketiga...
utk yang keras kepala ...mengalahkan konkrit...
tak akan terima buku TS sebagai penyentap hati dia...
sorry to say.. i admit that TS isn't for them...
so...

2. HANYA UTK SEKELOMPOK...

Mocha tak rasa yang golongan yang berumur
akan jadikan buku keluaran TS sebagai panduan untuk berubah
Mocha hanya nampak buku TS as buku untuk panduan muda-muda..
padahal dakwah itu untuk semua..
tak kira umur, bangsa dan agama...
 andai benar diri hendak berdakwah...
contohilah ustaz dan ustazah yang lebih berpengalaman...
dakwah secara sentap ini memang pernah mereka sampaikan...
tapi sebenarnya sentap mereka lain...
sentap mereka tak macam sentap pada zaman kini...
apa yang Mocha lihat fenomena menyentapkan orang itu ...
dah berl;eluasa...
anak remaja... kadang-kadang tak makan saman...
sebab itulah kena SENTAP...
kalau orang yang berumur nie... kalau SENTAP sangat...
kecil hati pulak...
jadi SENTAP nie hanya khusus utk yang muda mudi je ke?
Mocha hanya buat satu tanda soal.
ke ... Mocha sahaja yang rasa macam tu...?
Entahlah...


3. JAHILIAH DIJADIKAN BAHAN
 memang betul jahiliah kita harus kita jadikan pedoman...
pengajaran agar kita tak mengulang sejarah lalu
agar yang silam tak lagi terjadi

tapi Mocha rasa semua yang tertulis banyak yang mengisahkan jahiliah dulu...
tak kiralah buku pertama mahupun yang ke berapa...
sorry to say... these books didn't show the real ways to keep going to the future...
maybe salah Mocha kot kalau Mocha just baca yang sikit2 je..
maybe salah Mocha sebab judged only one book and then, judge the other books ..
without realising that the other books were better...
it's ok because i'm just giving my opinion...
actually Mocha pernah bertanya kepada beberapa orang tentang dakwah or teguran secara sentap...
well bukan remajalah...
ustaz dan ustazah yang dah berumur tu..
apa pandangan mereka tentang tarbiah sentap and lain2 tu..
and rata2 jawab mereka tak berapa berkenan dengan dakwah jenis ini...
 mostly buku nak cerita pasal jahiliah dulu..
Mocha tahu yang mereka nak kongsikan yang mereka berubah ke lebih baik...
tapi Mocha mcam rasa yang Jahiliah itu dimegah-megahkan...
tak tahulah... Mocha rasa sahaja...
sehingga dua tiga buku cerita pasal jahiliah lampau...
why you can't keep move on...
tell the others about how to survive in future...

4. TEMA TAK BERAPA NAK SESUAI
cthnya cinta...
sepatutnya cinta itu harus diketepikan sebentar...
amar makruflah remaja2 nie ke arah belajar bersungguh- sungguh
istiqamah dalam berubah, and hormat ibu bapa...
ini tidak...
bila ada seseorang yang mempersoalkan kenapa cinta yang harus diketengahkan padahal kumpulan sasaran adlah para remaja...
terus diserangnya orang itu dengan kesalahannya..
apakah??

jangan disebabkan kita hendak mempertahankan yang tidak betul...
ibarat menegakkan benang yang basah...
kita boleh buat orang macam itu.
padahal orang itu dihantar ALLAH untuk memperbaiki dakwah kita.
bukannya bila kita sudah terkenal...
orang lain boleh dianggap salah...
orang lain tak berhak menegur...
kenapa salahkah apa yang dipersoalkan??
ke sebenarnya kita nie adalah orang tak boleh kena tegur..

kesianlah kalau macam tu..
tapi tak taulah kan... kalau Mocha tuduh yang bukan2...
sebab Mocha sedar yang manusia always made mistakes.
so... sorry sgt2 kalau ada yang terasa...
tapii betullah kan...
bukan ini salah satu cara yang 'SENTAP' ke...
kalau tak ditegur...
nanti melarat pulak

so...
Mocha rasa....
dakwah yang bagus... contohilah Rasulullah yang gunakan kedua2 method..
bukan hanya satu method...
takut lama kelamaan hanya setakat 'SENTAP' je....
why don't we mix them both?
tapi terpulanglah kat semua untuk pilih yang mana...
Mocha suka sangat ceramah and motivation tips from these people...
like example:
a. Ustaz Kazim Elias...
   dia memang best ketika berceramah...
   memang best... tak ada sesiapa yang nafikan...
   ceramah dia tak pernah bosan kita dengar sebab apa...
   dia berceramah secara HIKMAH
b. Ustaz Azhar Idrus...
   Loghat dia... memang buat semua orang tak kering gusi..
   semua jenis lapisan umur datang ke majlis ilmu dia...
   ceramah dia sangat best sebab walaupun SENTAP...
   still HIKMAH itu masih menjadi tunjang
   ramai yang tak tidur...
c. Ustazah Bahyah
   suara dia sangat lembut...
   mostly semua orang faham apa yang hendak dia sampaikan
   bahasa dia pun.. boleh tahan tinggilah juga...
and ramai lagi
mereka ini berceramah berdasarkan ilmu dan kitab
mereka juga tahu mengenai dunia remaja...
mereka pernah lalui semua itu...
tapi mereka bukannya ustaz atau ustazah ekspres...
yang dari awal pembabitan dakwah memang sudah popular..
mereka terkenal disebabkan ilmu mereka...

kalau hanya SENTAP kepada perubahan sahaja..
tanpa ada yang menunjukkan jalan yang sebenarnya jalan
sebaik-baiknya kajilah dulu sebelum buat buku...
tema perubahan, cinta dan jahiliah dulu...
itu sahajalah yang dijadikan bahan penulisan
tiada cara yang lainkah...

maaf Mocha katakan...
ada yang memberi ceramah juga sebenarnya tidak menunjukkan tauladan yang baik
tidak berkopiah atau bersongkok...
ada yang bermegah dengan jahiliah mereka
ada yang terus menyerang orang apabila perbuatan mereka dipersoalkan...
dan detik itulah Mocha rasakan bahawa HIKMAH itu sebenarnya tiada...
zero of HIKMAH...

so... Mocha harap agar sesiapa  yang membaca....
please be open-minded...
alright...maybe all of you think that I'm the one who was narrow-minded...
tak boleh terima dakwah secara 'SENTAP'
ada yang mempertikai...
kalau tak sentap... macam mana nak bangkitkan singa2 generasi sekarang ni...
well....
korang cuba pergi zoo...
and bayangkan...
kalau penjaga zoo tu bagi makanan dengan sopan2...
confirm singa2 tu tak melawan dan dengar kata...
dan bayangkan kalau penjaga zoo tu...
bagi makanan cam nak cari gaduh dengan singa tu...
mahunya dibaham penjaga zoo tu....


macam itu jugalah manusia...
andai haiwan juga punya perasaan...
apatah lagi manusia yang berbilion ni...
yang juga mempunyai berbilion jenis perasaan dan personaliti...
bukan semua boleh kita guna dengan method yang sama...perhatikan,kaji dan ambil iktibar...
Mocha tau akan ada yang marah bila baca semua ni...
jadi... apapun yang anda nak komen.. silakan..
kebab komen yang anda beri bukan sahaja pematah hati...
tapi penguat semangat untuk Mocha...
ok tu je dari Mocha...
bye..
Assalamualaikum


2 comments: