“Pangg!!”
Harraz
memegang pipi kanannya yang terasa pedih itu. Dia lantas memandang tajam gadis
di hadapannya itu. Berani benar gadis di depannya itu menamparnya. “ Kenapa kau
tampar aku, hah?” tanya Harraz, sambil menahan marah yang amat.
“ Kau tanya kenapa?! Kau rasa?! Kau ingat kau
tu ada hak nak hina aku macam itu?!” jerit Qaisara. Tidak pernah dia sangka
lelaki di hadapannya itu boleh menghina dirinya sebegitu teruk. Mujur mereka
tidak berada di khalayak ramai.
Harraz
tersenyum sinis, memandang gadis di hadapannya itu. Kini tangannya tidak lagi
memegang pipinya. Barangkali rasa pedih ditampar Qaisara tadi telah reda. Dia
menundukkan sedikit mukanya , hampir rapat ke muka Qaisara. “Memang betul pun,bukan?
Bukankah apa yang aku cakap pasal kau tu semuanya fakta?” tanya Harraz. Dia
merenung ke dalam anak mata milik Qaisara. Renungan yang amat dalam dan tajam.dia
kini juga dapat melihat anak mata milik Qaisara. Cantik. Getus hati kecil
Harraz.
Qaisara
terkejut dengan perbuatan Harraz yang berani
itu. Mukanya dengan muka Harraz hanya tak sampai beberapa inci. Sehingga
dia boleh merasai setiap hela hembusan
nafas dan bau wangian milik jejaka tersebut. Wangi. Tidak terlalu kuat dan
sangat halus baunya. Memikat gadis yang sesuai untuk lelaki itu. Dia lantas
menolak tubuh Harraz ke belakang.hampir jatuh Harraz dibuatnya. Ternyata
tolakan Qaisara agak kuat.
“
Kenapa? Kau tak setuju? Eh, perempuan! Sedarlah yang diri kau tu memang gemuk!
Faham tak yang kau tu gemuk! Tak layak untuk suka aku! Faham?!” kata Harraz,
separuh menjerit. Puas hatinya.Walaupun rasa pedih ditampar tadi telah hilang,
namun amarah dalam hatinya semakin membuak-buak dengan tindakan Qaisara yang
berani meanmparnya itu. Dia dapat melihat wajah Qaisara yang agak terkejut dengan
kenyataannya itu dan gadis itu mula menundukkan kepalanya. Dia mula tersenyum
sinis sekali lagi. Biar gadis itu tahu hakikat sebenarnya dunia ini.
Kolam
air mata Qaisara seakan-akan mahu pecah, mendengar kata-kata Harraz itu. Dia
tidak sanggup untuk memandang wajah Harraz ketika itu. Dia tidak mahu Harraz
melihat dirinya menangis. Tidak dia sama
sekali sangka lelaki yang dia suka dalam diam itu boleh berkata kejam
sedemikian rupa. Bukankah dia juga seorang manusia biasa? Punya perasaan? Tidak
! Dia tidak akan sesekali mengalah. Dia harus melawan. . Dia tidak akan
sesekali tunduk kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya ketika itu. Dia
tak boleh tunduk kepada lelaki itu. Kalau dia tunduk, itu ibarat dia telah
mengibarkan bendera putih, tanda kalah kepada lelaki itu. Dia tak akan biarkan
Harraz menang untuk kali keduanya.
“
Ya.Memang aku gemuk! Memang aku tak layak untuk suka kau. Tapi kau kena ingat, Harraz.
Perasaan aku terhadap kau bukan atas permintaan aku pun. Semua perasaan aku
adalah fitrah manusia biasa. Perasaan suka itu satu anugerah Allah. Macam
perasaan suka kau terhadap Haszyra.” Kata Qaisara. Dia memandang mata Harraz
yang dia tidak mampu memandang tadi. Ya, kini dia sudah berupaya untuk itu.
Segala kekuatan yang ada, dia kumpul untuk kembali melawan kata kata Harraz.
Harraz
tersentak. Memang cinta itu fitrah manusia. Dia sendiri mengakui fakta
itu.Namun, untuk kali ini dia punya sebab kenapa dia tidak suka perempuan
seperti Qaisara menyukainya. Dia mempunyai reputasi yang penting di sekolah.
Dia merupakan pelajar popular sekolah. Peminatnya ramai. Namun, gadis gemuk
seperti Qaisara tak layak untuk menyukai diriya. Di mana dia hendak meletakkan
mukanya nanti sekiranya orang tahu Qaisara sukakan dirinya! Dia tidak boleh membiarkan perkara itu begitu
sahaja walaupun terpaksa melukakan hati Qaisara. Dia terpaksa!
“Ingat, Harraz. Cinta itu anugerah Allah yang
sama sekali tak boleh kau sangkalkan lagi. Terima kasih aku ucapkan kepada kau
sebab telah sedarkan aku tentang fakta diri aku sebenar. Terima kasih sebabkan
hancurkan hati aku. Semoga kau bahagia.” Kata Qaisara menamatkan katanya yang mungkin
bisa melegakan hatinya yang sememangnya sangat terluka ketika itu.
Harraz termanggu sendirian. Adakah dirinya salah?
Tidak! Dia tak pernah salah. Salah Qaisara yang sukakan dirinya. Sebelum
dirinya berpaling, dia terpandang sesuatu. Sapu tangan itu dia ambil dari
lantai yang bersimen itu. Sapu tangan berwarna ungu lembut itu dipandangnya
dengan pandangan yang dalam.
“
Kau sedang buat apa, hah?!” jerit Syafiq di belakang Harraz. Terkejut Harraz
dibuatnya. Harraz memandang tajam Syafiq. Syafiq yang memandangnya kembali,
ketawa mengekek.
“
Kenapa kau pandang aku macam tu? Dah macam nak makan aku saja? Kau ini
menakutkan lah!” kata Syafiq. Sebenarnya dia tahu sebab Harraz memandangnya
begitu.
“Maaflah,kawan.
Takkan kau marah aku,kot? Kita kan dah lama kawan,” pujuk Syafiq. Manalah tahu
amarah kawan baiknya itu akan reda.
“
Macam mana aku tak marah? Kau tahu tak nak gugur jantung aku, kau dibuatnya.
Kalau aku mati, macam mana? Dah lah. Aku tak ada mood sekarang ini,” kata
Harraz, sambil meninggalkan Syafiq yang terpinga –pinga sendirian. Syafiq yang
ditinggalkan Harraz berlari mendapatkan kawannya itu.
Sapu
tangan yang dipegang Harraz itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia
berfikir sendirian. Kenapa dia harus menyimpan sapu tangan itu. Sapu tangan itu
tak bernilai langsung. Namun, kata hatinya lebih meminta dirinya berbuat
demikian. Bak kata orang, hati adalah raja
tubuh manusia. Entah mengapa, dia tersenyum sendirian. Syafiq yang
berjalan beriringan dengannya pun naik pelik dengan perangai kawannya pada hari
itu.
“
Mesti ada apa-apa ini.” getus hati kecil milik Syafiq.
Langkah
Qaisara yang cepat itu diperlahankan ketika dia tiba di hujung koridor itu. Dia
mengesat air matanya yang jatuh berguguran ketika dia berlari anak tadi. Dia
memandang ke langit. Langit yang biru itu dipandangnya. Selalunya dia pasti
tersenyum gembira ketika melihat
langit biru yang terbentang luas itu,
namun kali ini tidak.Pandangannya yang selalu mempunyai maksud itu, kini tidak
punya apa-apa. Hatinya kini kosong. Dia memegang dadanya yang sebak itu.
Selalunya pandangan akan memuji keindahan tuhan yang indah itu namun kali ini
lain.
“
Awak ok?” tanya Khadijah. Qaisara memalingkan mukanya kea rah suara yang
menyapanya itu. Segaris senyuman tawar dilemparkan kepada sahabat karibnya itu.
Lalu dia lantas memandang langit biru itu sekali lagi. Khadijah menggaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
“
Saya tak apa-apa. Saya ok.”
“Ya
lah tu. Awak ni bukannya saya tak tau perangai awak tu macam mana. Awak ada
masalah, kan?”
“
Betul. Saya ok. Dah lah. Jangan risaukan saya, ok?” kata Qaisara sambil
mencubit pipi gebu milik Khadijah.
Dia
memandang sahabatnya itu. Khadijah merupakan sahabat baiknya sejak kecil lagi.
Maklumlah ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Dia memandang Khadijah dari
atas ke bawah. Sahabatnya itu cukup sempurna. Kata orang, cukup pakej untuk
dijadikan menantu. Orangnya cantik, sopan-santun dan sangat menghormati orang
tua. Cuma, yang kurangnya Khadijah tidaklah seberapa pandai seperti dirinya. Tentang
perkara itu, sememangnya dia harus berbangga diri sebentar. Namun, yang paling
penting, kawannya itu kurus. Kadang- kadang dia sendiri cemburu dengan
sahabatnya itu dan dia juga ada bertanya kepada sahabatnya itu tentang sebab
sahabatnya itu ingin berkawan dengan dirinya yang gemuk itu. Tidakkah Khadijah
berasa malu berkawan dengan dirinya. Namun, apa yang diterimanya hanyalah
segaris senyuman manis. Ah! Sahabatnya itu kuat berahsia.
“Qaisara,
awak dengar tak apa yang saya dengar?” Tanya Khadijah. Khadijah mengetap
bibirnya. Ternyata, soalannya langsung tidak dijawab Qaisara.
“Aduh,
sakitlah! Kenapa tiba- tiba sahaja awak mencubit saya? Apa salah saya?”
“Padan
muka dengan awak. Saya tanya awak tadi, boleh pula awak endahkan saya macam itu
saja!”
“
Maafkanlah saya. Sebenarnya saya dengar. Malaslah saya hendak ambil tahu.,”
“Aduh!
Sakitlah. Janganlah cubit saya lagi. Awak hendak apa sebenarnya?”
Khadijah menggeleng perlahan kepalanya.
Sahabatnya itu dirasakannya semakin lama semakin teruk sifat lurusnya itu.
Bilakah sahabatnya itu boleh menjadi matang? Kadang- kadang dia sendiri pening
memikirkan sifat blurr sahabatnya
itu. Qaisara, Qaisara. Getus hati kecil Khadijah.
“
Awak itu bukankah mempunyai tanggungjawab penting iaitu menjaga keharmonian
sekolah ini. Sebagai penolong ketua pengawas, awak harus jalankan tugas awak
itu. Takkan itu pun awak tak faham lagi?” jelas Khadijah.
“
Yalah. Saya pergilah ini. Jomlah, ikut saya sekali! Bukankah awak yang beria
benar mahu saya pergi. Jomlah cepat,” kata Qaisara sambil menarik tangan
Khadijah, menuju ke arah tempat yang riuh rendah itu.
“ Ya Allah! Qaisara!” jerit Khadijah.Namun, masih sempat dia
tersenyum gembira. Terima kasih, Ya Allah. Hatinya kini lega setelah melihat
semangat Qaisara sudah datang kembali.
“Apa yang bising- bising ini?!” jerit
Qaisara. Namun sayang, jeritannya itu langsung tidak menarik perhatian para
pelajar yang berkerumun di situ. Ternyata, suaranya yang nyaring itu tenggelam
dengan suara riuh rendah pelajar di situ. Apalah yang mereka bising-bisingkan
itu? Omel Qaisara dalam hati.
Tiba- tiba sahaja, rasa marahnya membuak-
membuak ketika itu. Sudahlah ketika dia ke tempat itu bersama Khadijah, tiba-
tiba sahaja Khadijah dipanggil guru. Nampak gayanya, dia perlu mengendalikan
hal itu bersendirian tanpa sahabat karibnya itu.
Tiba- tiba, dia terpandang sesuatu yang
menarik. Sesuatu yang mungkin membantunya melihat kejadian tersebut
memandangkan semua yang di situ langsung tidak menghiraukan dirinya.
Qaisara membetulkan kedudukan kerusi
yang diambilnya tadi lalu memanjat kerusi itu. Dia memejamkan matanya seketika.
Ya! Dia memang gayat dengan ketinggian walaupun hanya di atas kerusi. Dia hanya
akan berasa selamat jika kakinya menjejak tanah. Namun, demi tugas , dia terpaksa.
Kerana terpaksa, dia lakukan juga.Sekarang dia sudah bersedia. Dia menjengket-
jengket sedikit tubuhnya. Qaisara terlopong seketika apabila melihat apa yang sebenarnya terjadi.
Dia menggeleng kepalanya yang tidak gatal itu. Hendak buat apa ini?Namun
seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Dia tahu apa yang hendak dibuatnya.
Tunggu, bersiap sedialah.
“
Siapa rasa dia terlibat dan nak ikut aku jumpa
Puan Khuzaimah, sila tunggu. Kalau tak ada kena mengena, bersurai
cepat!” jerit Qaisara. Suasana yang riuh rendah sebentar tadi menjadi senyap
seketika. Semua yang di situ memandang Qaisara. Ada juga yang sudah mulai
berbisik- bisik. “Apa pandang- pandang? Kenapa? Nak ikut aku jumpa guru
disiplin? Kalau tak nak, cepat bersurai!” jerit Qaisara sekali lagi. Habis
serak suaranya. Pelajar- pelajar yang berkumpul tadi semuanya beredar dengan
perasaan tidak puas hati. Bukan senang nak tengok pelajar popular sekolah
bergaduh sesama sendiri.
Harraz
hanya memandang Qaisara. Qaisara, gadis yang baru saja dia kecewakan tadi. Dia
meraba poket seluarnya lalu melihat semula gelagat Qaisara. Entah kenapa dia
rasa semacam aneh selepas pertemuan kali terakhirnya bersama Qaisara tadi.
Hatinya bagai tertarik untuk ingin meminta maaf. Namun, belum sempat dia
melangkah menuju ke arah Qaisara yang sibuk memulangkan kerusi yang diambil
Qaisara tadi, hujung tangannya pantas direntap Syafiq.
“
Kau nak pergi mana tu?” Tanya Syafiq. Namun, soalan Syafiq hanya tergantung
begitu sahaja. Harraz terkunci mulutnya untuk memberi alasan. Apakah yang akan
Syafiq fikir tentang dirinya dan pasti Syafiq akan bertanya apa yang berlaku
jika dia memberitahu alasan yang tidak penting itu. Tidak. sememangnya alasan
itu sebenarnya penting. Mahu dia rasa serba salah terhadap Qaisara seumur
hidup. Entah kenapa dirinya begitu. Ah! Bencinya perasaan bersalah.
“
Jomlah. Rehat dah habis. Nanti subjek Biologi. Aku tak nak lambat ke kelas Puan
Mei. Kau fahamlah dia,kan? Jom pergi. Lagipun Qaisara dah bagi warning tu. Tak nak
aku terlibat sama. Dah jomlah,” kata Syafiq, lurus tanpa dia tahu niat
Harraz itu. Namun, melihatkan waktu
rehat yang sememangnya sudah habis itu, dia turutkan sahaja kata Syafiq. Dia
juga tidak mahu lewat ke kelas walaupun dia tahu kelas subjek Biologi itu
merupakan kelas yang paling tidak digemarinya sama sekali.
Harraz
memandang Qaisara sekali lagi. Hasrat yang ingin dikotakan tadi terpaksa dia
kuburkan seketika. Dia bukan seorang
yang kejam namun dia tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap Qaisara apabila
dia mendapat tahu Qaisara menyukai dirinya daripada diari Qaisara. Diari milik
Qaisara itu dia jumpa di atas kerusinya sendiri. Nasib baik tiada siapa yang
ambil. Kalau tidak habislah dirinya dan Qaisara. Mujur dia seorang sahaja yang
tahu.
Qaisara segera turun dari kerusi
tersebut. Mahu patah kaki kerusi itu, menampung berat Qaisara yang sama berat dengan panda di Zoo Negara itu.
Dia tersenyum sinis. Tak habis- habis lagikah mereka berdua ini? Qaisara hanya
menggeleng kepalanya perlahan. Dia sudahpun bercekak pinggang. Siap untuk
tindakannya yang selanjutnya seperti yang
dirancangnya tadi.
“
Aduh! Sakitlah ,pandai. Lepaskanlah telinga aku ini!” kata Emil, menahan sakit
telinganya yang dipulas Qaisara. Qaisara hanya tersenyum sinis sahaja. Suka hati sahaja hendak aku lepaskan korang
lepas korang buang masa aku? Huh! Jangan harap! Padan muka!
“Dahlah
tu! Kau tau tak telinga kami ini sakit?!” Kali ini Mikhail pula yang mengeluh,
meminta telinganya dilepaskan. Ishan yang di sebelah kiri Qaisara mengiyakan
dengan pantas. Tak tahan mereka hendak dipulas telinga lama-lama.
“
Tahu pun sakit. Tadi masa korang gaduh, boleh pula korang tak ingat sakit.
Sekarang baru nak rasa sakit itu?! Korang ini hanya tahu bergaduh sahaja!”marah
Qaisara. Akhirnya sakit hatinya yang terbuku sejak tadi dapat juga diluahkan. “
Dah sampai pun. Cepat masuk!”arah Qaisara. Kini, dia telahpun melepaskan
telinga Emil dan Mikhail. Rasa lega yang amat. Masing- masing menggosok teling
yang merah menyala itu. Namun, pandangan mereka saling bertaut apabila mereka
mendapat tahu di mana mereka sekarang.
“
Kenapa bilik pengetua? Bukan kau kata kau nak bawa kami pergi jumpa Puan
Khuzaimah?” Tanya Emil yang jelas pada raut wajahnya terdapat seribu kedutan.
Mikhail juga sama. Nampak gayanya mereka kalau dalam bab ini, mereka bersependapat.
“
So what? Salahkah aku bawa korang jumpa Tuan Amirahman? Salah? Oh, rupanya
korang sebenarnya dengar announcement aku tadi masa korang gaduh. Kalau dengar,
kenapa tak berhenti gaduh tadi. Kerja korang ini hanya tahu nak menghabiskan
masa aku saja,” jawab Qaisara.
“Sudah!
Cepat masuk!” arah Qaisara sambil menolak kedua- kedua lelaki tadi ke dalam
bilik pengetua. Sebenarnya, pengetualah yang menyuruh dirinya membawa mereka ke
biliknya. Itu pun dia diberitahu oleh Maryam, salah seorang pengawas Tingkatan
Empat sekolahnya. Apa lagi, terpaksalah dia menukar strategi. Dia baru sahaja
berseronok.
“
Kamu berdua lagi! Tak habis- habis muka kamu berdua sahaja yang saya yang saya
nampak di bilik saya ini. Kamu berdua suka ya dengan bilik saya ini?! Kamu suka
tengok muka saya ini?! Kamu berdua ini
memang tak pernah serik,kan?” marah Tuan
Amirahman sambil memegang misainya yang sepersis misai Wak Doyok, ikon fesyen
Malaysia. Cuma, misainya lebih lebat dan menambahkan lagi wajah yang garang
pada mukanya yang sememangnya menggerunkan pelajar- pelajar SMK Warisan itu.
“ Qaisara, di mana kamu jumpa mereka ini?!” tanya
Tuan Amirahman. Mahu gugur jantung kecil milik Qaisara. Tuan pengetua ni.
Mereka yang salah bukan aku. Mahu mati terkejut aku dengar dia marah macam itu.
Sebab diaoranglah ini. Aku pun kena juga.“Qaisara! Jawab!”
Walaupun
volume suaranya hanya pada kadar yang biasa, namun Qaisara masih boleh terasa
kegarangan pengetua sekolahnya itu. “ Ya, saya! Saya jumpa mereka di tingkat kelas Tingkatan Lima ,tuan. Di
hadapan kelas Tingkatan 5 Ibnu Sina,tuan.” Qaisara tunduk memandang lantai.
Lagaknya seperti dia juga yang terlibat sedangkan dia tidak. Dia sebenarnya
tidak sanggup menatap wajah pengetuanya yang garang itu.
“
Kamu berdua tunggu di luar. Qaisara, kamu tunggu. Saya ada tugas untuk kamu dan
ini. Kad pelepasan untuk kamu bertiga. Pelepasan keluar kelas,” kata Tuan
Amirahman. Emil dan Mikhail melangkah pergi sambil menahan sakit dirotan lima
kali oleh Tuan Amirahman. Namun, kesakitan dirotan nampaknya tidak memberi
kesan apa-apa. Lagipun, mereka sudah terbiasa! Qaisara pula terpaksa melangkah
lemah ke arah meja pengetua. Nampak gayanya, terpaksalah dia masuk ke kelas
lebih lewat. Apalah nasib.
Habis
sahaja waktu persekolahan, Qaisara terus melangkah pergi ke dataran sekolah.
Dia ada tugas penting di sana. Itulah yang dikatakan gadis itu kepada Khadijah.
Pening kepala Khadijah melihat keadaan kelam kabut Qaisara. Macam –macam.
“
Sekarang ini, aku nak korang pergi tekan tubi 20 kali kat tujuh- tujuh kelas
Tingkatan Tiga tu. Well, aku bagi masa kat korang dalam 10 minit sahaja. Don’t
worry about the teachers. Diaorang semua dah terima arahan daripada pengetua.
Lagipun aku dengar diaorang semua suka dengan punishment korang ni. Boleh
diaorang semua dan aku release tension sikit. Maklumlah penat belajar,” jelas
Qaisara dengan panjang lebar. Dia hanya tersenyum sinis. Padan muka korang!
Puas hati aku!
“
Apa?! Tekan tubi kat dalam semua kelas tu? Dalam masa 10 minit?! Kau gila?” tanya
Emil. Barangkali terkejut dengan hukumannya yang baginya mengarut itu. Mustahil
dalam tujuh kelas harus untuk mereka melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali
dalam masa 10 minit. Mustahil!
“
Betul! Kau dah tak betul ke nak suruh kami buat macam itu?” kata Mikhail.
Nampaknya, sekali lagi Emil dan Mikhail ‘bekerjasama’ dalam hal itu. Sama
seperti Emil, dia juga rasa mustahil untuk melaksanakan hukuman itu. Sebenarnya
dia rasa hukuman itu sangat –sangatlah
mustahil.
“Jangan
nak bantah aku. Aku gila atau aku sewel , ada aku kisah? Sudah! Jangan korang
nak buang lagi masa aku! Bukan aku yang
bagi arahan tapi pengetua kesayangan korang yang bagi! Sudah! Dalam kiraan
tiga, dua dan satu! Start!” kata Qaisara. Kelam kabut Emil dan Mikhail
dibuatnya.
Qaisara
menahan tawanya. Dia harus bertahan. Walaupun dia bisa, namun sebagai seorang berjawatan
besar di sekolahnya ini, dia harus menunjukkan contoh yang baik. Dia juga punya
reputasi. Reputasi sebagai pelajar contoh di sekolah. Selepas 10 minit berlalu,
seperti yang diarahkannya tadi, Emil dan Mikhail berlari ke arahnya dalam
keadaan tercungap- cungap. Jelas pada raut wajah mereka yang sangat kepenatan
itu. Qaisara yang melihat memandang tanpa perasaan.
“
Lain kali, jangan suka cari masalah di sekolah ini. Sekolah ini bukan tempat
nak bergaduh. Kalau nak gaduh carilah gelanggang gusti atau muay thai.Bukan kat
sekolah. Sudahlah! Aku nak balik. Buang masa betul!” rungut Qaisara sambil mengorak langkah. Pasti, Pak Mat sudah lama
menunggunya. Kasihan pemandu keluarganya itu. Ini semua sebab mereka berdua.
Ketukan
bertalu beserta salam di muka pintu rumah agam milik Dato’ Adam membuatkan
Qaisara mempercepat langkahnya untuk membuka pintu. Dia memandang sekeliling
sebelum membuka pintu. Di mana semua orang di rumah ini? Terbuntang mata gadis
itu melihatkan tetamu yang datang. Oh,tidak! Datin Syarina, mamanya Emil.
“
Mampuslah aku. Takkan Emil beritahu mama dia tentang aku? Habislah aku kali
ni,” kata Qaisara perlahan.
“
Tak nak jemput auntie masuk ke?” tanya Datin Syarina, memadamkan lamunan
Qaisara seketika. Mulutnya yang terlopong itu ditutupnya segera. Bernasib baik
tiada lalat yang masuk ke dalam mulutnya itu. Mahunya nanti dia tercekik. Kalau
ya, terpaksalah dia masuk hospital.
“
Qaisara,” Datin Syarina berkata lagi sambil melambaikan tangannya di muka
Qaisara. Terkebil-kebil mata Qaisara dibuatnya.
“
Jemputlah masuk, auntie. Sorry auntie, sebab lambat buka,” jelas Qaisara. Pasti
Datin Syarina sudah lama menunggu di luar. Qaisara pun berjalan beriringan
dengan Datin Syarina sehingga ke ruang tamu mewah milik mereka. Qaisara sempat
memandang belakang. Dia tersenyum lebar. Nampaknya Emil tidak ikut sekali
mamanya. Terlepas dia kali ini. dia sungguh bernasib baik hari itu.
“
Sekejap ya, auntie. Qaisara panggilkan ummi, ya,” kata Qaisara sambil berlalu,
selepas memastikan Datin Syarina benar-benar selesa duduk di ruang tamu itu.
Selepas
itu dia menuju ke tingkat dua rumahnya untuk memanggil umminya. Beberapa minit
kemudian, dia berlalu pula ke dapur untuk menolong pembantu rumahnya yang
dipanggil Kak Syira itu menyediakan apa- apa yang patut kepada tetamu mereka
itu. Selesai sahaja, dia membawa dulang yang dipenuhi dengan sejag jus oren
beserta empat gelas ke meja makan manakala Kak Syira pula membawa dulang berisi
makanan tengah hari. Maklumlah Datin Syarina datang menziarahi mereka pada waktu
tengah hari.
Namun,
belum pun tiba di meja makan, langkah Qaisara terhenti seketika. Tak mungkin!
Dia menggosokkan matanya berkali- kali. Ternyata dia tidak salah lihat. Tadi
dia tidak nampak pun jejaka itu. Aduh, macam mana ini. Habislah dirinya kali
ini. Mesti Emil telah mengadu tentang dirinya kepada Datin Syarina. Dasar anak manja.
“
Eh, Qaisara. Cepatlah hantar minuman itu ke sana. Sudah! Pergi cepat. Ummi kamu
panggil itu,” kata Kak Syira. Aduh,
macam mana dia hendak lari kali ini? Tidak!
Dengan
terpaksa, Qaisara meneruskan perjalanan yang terhenti itu. Tiba sahaja di meja
makan, dia melemparkan senyuman yang begitu manis agar semua yang di meja makan
itu cair dan sejuk hati. Dia harap tiada lah apa –apa masalah. Kalau tidak,
masaklah dia kali ini. Selepas meletakkan minuman di atas meja, dia menarik
kerusi di sebelah umminya , betul-betul berhadapan dengan Emil.
“
Kau ingat kau senyum macam itu, kau boleh lepas? Tak semudah itu. Kali ini aku
akan buat kau merana.” Panas hati Emil melihat Qaisara masih lagi boleh senyum
semanis itu terhadapnya. Hatinya yang panas itu sedikit pun tidak terkesan
dengan senyuman gadis gemuk itu.
“
Mak aih, tajamnya renungan mata dia! Macam singa nak terkam tikus je. Aduh,
kalah renungan mata tuan pengetua. Matilah aku,” getus hati kecil Qaisara. Dia
berdoa sangat agar kali ini sahaja dia lepas.
“
Sebenarnya kami datang ziarah ini, ada hajat,” kata Datin Syarina membuka
perbualan setelah beberapa minit suasana di meja makan itu senyap seketika. Dia
tersenyum memandang Qaisara dengan senyuman yang manis. Dah kenapa Auntie
Syarina hendak pandang aku macam itu? Senyuman Datin Syarina tadi disambut
dengan segaris senyuman manis milik Qaisara.
“
Datin Sarah, sebenarnya kami datang ini nak meminang Qaisara untuk Emil,”
“Apa?!”
Serentak itu Qaisara dan Emil menjerit, tidak percaya dengan kata- kata Datin
Syarina sebelum memandang muka masing- masing. Qaisara sudah pun bangun dari
tempat duduknya. “ Betulkah apa yang awak cakapkan?” tanya Datin Sarah,lembut.
Dia sendiri tidak percaya dengan kenyataan rakannya itu. Tidak mungkin Datin
Syarina hendak mengahwinkan anak mereka pada usia yang muda. SPM pun belum
lepas lagi.
“
Tak lah. Bukan itu maksud saya,” jelas Datin Syarina. Hampir meletus ketawanya
tadi saat dia melihat reaksi semua yang di situ dengan kenyataannya itu.
Sengaja dia ingin mengusik mereka. Akhirnya, meriahlah juga perjumpaan mereka
itu. Taklah bosan sangat.
Qaisara mengurut dadanya yang terasa pedih
itu. Fuhh. Nasib baik. Dia bermatian menyangka Datin Syarina benar- benar ingin
meminang dirinya. Sudahlah dengan anaknya itu! Tidak sanggup Qaisara hendak
berkahwin dengan lelaki itu! Dia lebih sanggup tidak kahwin daripada berkahwin
dengan ‘musuh utamanya’ itu. Merana rumahtangganya nanti.
“
Sebenarnya saya nak masuk meminang Qaisara jadi guru muda untuk Emil,” jelas
Datin Syarina. Hampir tersembur jus oren yang diminum Emil, mendengarkan
kenyataan mummynya itu. Qaisara juga hampir tersedak. Apa ni? Please, auntie.
Janganlah bergurau lagi. Ini gurau kasar namanya. Tak kelakar langsung. Tak
mahu!
Dia memandang Emil. Qaisara dapat melihat
kerutan di dahi miliknya Emil. Pasti Emil juga tidak tahu akan hal itu. Qaisara
menggeleng kepalanya perlahan. Tak mungkin musuhnya itu tidak tahu. Pasti
dialah tukang perancang semua ini.
Emil
memandang mummynya , meminta kepastian. Aduh! Apa pula yang mummynya hendak
buat kali ini? Tak mahu dia bermahagurukan ‘ anak gajah’ itu. Kenapa tidak
diupah sahaja guru yang lain? Kenapa harus Qaisara yang menjadi guru mudanya?
“
Saya ingatkan apa tadi. Oh! Boleh saja kan, Qaisara?” tanya Datin Sarah.
Qaisara
memandang umminya. Dia tidak tahu hendak berkata apa-apa ketika itu. Lidahnya
kelu saat itu. Apa yang perlu aku jawab ini? Ah! Serabutnya dia ketika itu.
“
Auntie, Qaisara bukanlah pandai sangat pun.” Itu sahaja yang dia mampu berkata
ketika itu.
“Bukankah
Qaisara selalu dapat nombor satu di sekolah,hmm?”
“
Tentang itu… memanglah, auntie.”
“
Baguslah itu.”
“Tapi
kalau bab –bab mengajar ini, Qaisara tidak berapa hendak tahu sangat.”
“
Bab itu, nanti Qaisara terbiasalah nanti. Ala… tolong ajarkan Emil sahaja.
Menolong itu bukankah perkara yang baik,” kata Datin Syarina lagi. Dia tidak
akan berputus asa untuk terus-menerus memujuk Qaisara bersetuju dengan
penawarannya menjadi guru muda untuk anak lelakinya itu.
“
Kalau Qaisara risau tentang penatlah,apalah. Jangan risau, nanti auntie bagi
gaji,okey?”
“Ah,
dah sudah! Ini kes sengaja nak buat aku rasa serba salahlah ni. Apa yang aku
hendak jawab?”
“
Terima sahajalah,sayang. Nanti kamu berdua boleh belajar sama-sama,” kata pula
umminya. Qaisara sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Terpaksalah dia
mengalah. Akhirnya, dia mengangguk juga tanda dia setuju. Dia memandang kembali
Emil. Ternyata, Emil sedang marah dengan dirinya walaupun Emil tidak berkata
begitu. Namun, kerutan di dahi Ishan memberitahu Qaisara dengan jelas betapa marahnya musuh
utamanya itu.
Emil
sangat terkejut dengan keputusan Qaisara. Sangkaannya bahawa Qaisara akan
menolak tawaran mamanya yang gila itu ternyata meleset sama sekali. Tidak dia
sangka ‘badak air’ itu akan bersetuju pula dengan tawaran itu. Ah! Memang
hendak kena ‘badak air’ itu. Namun, seketika kemudian, Emil mula tersenyum
semula. Memandang Qaisara sudah bersetuju, maka rancangannya hendak membalas dendam
terhadap gadis itu akan bermula. Kau tunggu sahaja nanti, ‘badak air’. Aku akan
ajar kau cukup-cukup. Biar hidup kau merana sebab pernah kenal aku.
“ Baguslah macam itu,” kata Datin Syarina.
“
Kenapa kau setuju dengan cakap mummy aku tadi?!” soal Emil, tidak puas hati
dengan Qaisara.
“
Kenapa tak puas hati? Kau ingat aku nak sangat nak jadi guru muda kau ke,hah?!”
jerit Qaisara. Adakah lelaki itu fikir dia mahu semua itu berlaku? Kalau tidak
disebabkan umminya, jangan harap dia mahu. Selama ini, dia tidak pernah melawan
kata-kata umminya. Takkan kali ini dia hendak pecahkan rekod bersih itu pula
hanya kerana musuh utamanya itu?
“
Apa kau kata?!” tanya Emil.
“
Aku kata aku pun tak teringinlah mahu jadi guru muda kau! Mummy kau buat semua
ini mesti sebab cikgu- cikgu tuisyen kau dulu semuanya tak boleh
pakai,kan? Mana tidaknya, semua
menggatal, kerja hanya nak goda anak orang kaya saja. Pergi kerja bukan nak
mengajar. Lagi mengada-ngadalah diaorang bila ‘buaya darat’ macam kau itu layan
diaorang tu. Itulah, suka sangat ambil cikgu muda-muda. Padahal kau bukannya
handsome sangat pun,” kata Qaisara panjang lebar. Muka miliknya Emil sudah
merah, panas apabila mendengar kata-kata Qaisara.
“
Kau jangan suka hendak serkap jarang. Kau nampak ini?” soal Emil sambil
menayangkan buku lima di hadapan muka Qaisara. Dia sudah bersedia hendak
menumbuk muka di hadapannya itu.
“
Kau ingat aku takut? Kau nak tumbuk sangat aku,bukan? Tumbuklah kalau kau
berani!” marah Qaisara. Emil ingat dia takut dengan diri lelaki itu. Dia tak
pernah takutlah!
“
Siaplah kau nanti. Hari ini mungkin hari kau, tapi esok lusa, semuanya hari
aku,” kata Emil sambil menjatuhkan tangannya tadi. Lalu dia berlalu pergi,
menuju ke kereta mewah milik keluarganya. Qaisara hanya memandang lelaki itu
pergi sebelum melihat Emil menghadiahkan sepasang jelingan maut kepadanya.
Lelaki itu ingat lelaki itu boleh menakutkan dirinya dengan ugutan lelaki itu
sebentar tadi? Huh! Dasar lelaki pendendam!
No comments:
Post a Comment