Bab 2
Teriknya matahari ketika itu hanya Allah sahaja tahu. Dikipasnya badannya yang besar dengan menggunakan sebuah buku yang berada di tangan. Peluh yang menitis di dahi segera diseka. Walaupun telah lima belas minit tiba di hadapan pintu pagar banglo mewah miliknya keluarga Emil, Qaisara masih belum berani hendak melangkah kaki ke dalam banglo mewah itu. Hatinya seakan-akan berdebar dengan sangat kencang ketika ini. Qaisara memegang dadanya. Betul –betul laju.