Tuesday 22 December 2015

Cerita Kita Semanis Mocha ( Bab 1)



Bab 1
“Pangg!!”
Harraz memegang pipi kanannya yang terasa pedih itu. Dia lantas memandang tajam gadis di hadapannya itu. Berani benar gadis di depannya itu menamparnya. “ Kenapa kau tampar aku, hah?” tanya Harraz, sambil menahan marah yang amat.
 “ Kau tanya kenapa?! Kau rasa?! Kau ingat kau tu ada hak nak hina aku macam itu?!” jerit Qaisara. Tidak pernah dia sangka lelaki di hadapannya itu boleh menghina dirinya sebegitu teruk. Mujur mereka tidak berada di khalayak ramai.


Harraz tersenyum sinis, memandang gadis di hadapannya itu. Kini tangannya tidak lagi memegang pipinya. Barangkali rasa pedih ditampar Qaisara tadi telah reda. Dia menundukkan sedikit mukanya , hampir rapat ke muka Qaisara. “Memang betul pun,bukan? Bukankah apa yang aku cakap pasal kau tu semuanya fakta?” tanya Harraz. Dia merenung ke dalam anak mata milik Qaisara. Renungan yang amat dalam dan tajam.dia kini juga dapat melihat anak mata milik Qaisara. Cantik. Getus hati kecil Harraz.
Qaisara terkejut dengan perbuatan Harraz yang berani  itu. Mukanya dengan muka Harraz hanya tak sampai beberapa inci. Sehingga dia boleh merasai  setiap hela hembusan nafas dan bau wangian milik jejaka tersebut. Wangi. Tidak terlalu kuat dan sangat halus baunya. Memikat gadis yang sesuai untuk lelaki itu. Dia lantas menolak tubuh Harraz ke belakang.hampir jatuh Harraz dibuatnya. Ternyata tolakan Qaisara agak kuat.
“ Kenapa? Kau tak setuju? Eh, perempuan! Sedarlah yang diri kau tu memang gemuk! Faham tak yang kau tu gemuk! Tak layak untuk suka aku! Faham?!” kata Harraz, separuh menjerit. Puas hatinya.Walaupun rasa pedih ditampar tadi telah hilang, namun amarah dalam hatinya semakin membuak-buak dengan tindakan Qaisara yang berani meanmparnya itu. Dia dapat melihat wajah Qaisara yang agak terkejut dengan kenyataannya itu dan gadis itu mula menundukkan kepalanya. Dia mula tersenyum sinis sekali lagi. Biar gadis itu tahu hakikat sebenarnya dunia ini.
Kolam air mata Qaisara seakan-akan mahu pecah, mendengar kata-kata Harraz itu. Dia tidak sanggup untuk memandang wajah Harraz ketika itu. Dia tidak mahu Harraz melihat dirinya menangis.  Tidak dia sama sekali sangka lelaki yang dia suka dalam diam itu boleh berkata kejam sedemikian rupa. Bukankah dia juga seorang manusia biasa? Punya perasaan? Tidak ! Dia tidak akan sesekali mengalah. Dia harus melawan. . Dia tidak akan sesekali tunduk kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya ketika itu. Dia tak boleh tunduk kepada lelaki itu. Kalau dia tunduk, itu ibarat dia telah mengibarkan bendera putih, tanda kalah kepada lelaki itu. Dia tak akan biarkan Harraz menang untuk kali keduanya.
“ Ya.Memang aku gemuk! Memang aku tak layak untuk suka kau. Tapi kau kena ingat, Harraz. Perasaan aku terhadap kau bukan atas permintaan aku pun. Semua perasaan aku adalah fitrah manusia biasa. Perasaan suka itu satu anugerah Allah. Macam perasaan suka kau terhadap Haszyra.” Kata Qaisara. Dia memandang mata Harraz yang dia tidak mampu memandang tadi. Ya, kini dia sudah berupaya untuk itu. Segala kekuatan yang ada, dia kumpul untuk kembali melawan kata kata Harraz.
Harraz tersentak. Memang cinta itu fitrah manusia. Dia sendiri mengakui fakta itu.Namun, untuk kali ini dia punya sebab kenapa dia tidak suka perempuan seperti Qaisara menyukainya. Dia mempunyai reputasi yang penting di sekolah. Dia merupakan pelajar popular sekolah. Peminatnya ramai. Namun, gadis gemuk seperti Qaisara tak layak untuk menyukai diriya. Di mana dia hendak meletakkan mukanya nanti sekiranya orang tahu Qaisara sukakan dirinya! Dia  tidak boleh membiarkan perkara itu begitu sahaja walaupun terpaksa melukakan hati Qaisara. Dia terpaksa!
 “Ingat, Harraz. Cinta itu anugerah Allah yang sama sekali tak boleh kau sangkalkan lagi. Terima kasih aku ucapkan kepada kau sebab telah sedarkan aku tentang fakta diri aku sebenar. Terima kasih sebabkan hancurkan hati aku. Semoga kau bahagia.”  Kata Qaisara menamatkan katanya yang mungkin bisa melegakan hatinya yang sememangnya sangat terluka ketika itu.
Harraz  termanggu sendirian. Adakah dirinya salah? Tidak! Dia tak pernah salah. Salah Qaisara yang sukakan dirinya. Sebelum dirinya berpaling, dia terpandang sesuatu. Sapu tangan itu dia ambil dari lantai yang bersimen itu. Sapu tangan berwarna ungu lembut itu dipandangnya dengan pandangan yang dalam.
“ Kau sedang buat apa, hah?!” jerit Syafiq di belakang Harraz. Terkejut Harraz dibuatnya. Harraz memandang tajam Syafiq. Syafiq yang memandangnya kembali, ketawa mengekek.
“ Kenapa kau pandang aku macam tu? Dah macam nak makan aku saja? Kau ini menakutkan lah!” kata Syafiq. Sebenarnya dia tahu sebab Harraz memandangnya begitu.
“Maaflah,kawan. Takkan kau marah aku,kot? Kita kan dah lama kawan,” pujuk Syafiq. Manalah tahu amarah kawan baiknya itu akan reda.
“ Macam mana aku tak marah? Kau tahu tak nak gugur jantung aku, kau dibuatnya. Kalau aku mati, macam mana? Dah lah. Aku tak ada mood sekarang ini,” kata Harraz, sambil meninggalkan Syafiq yang terpinga –pinga sendirian. Syafiq yang ditinggalkan Harraz berlari mendapatkan kawannya itu.
Sapu tangan yang dipegang Harraz itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia berfikir sendirian. Kenapa dia harus menyimpan sapu tangan itu. Sapu tangan itu tak bernilai langsung. Namun, kata hatinya lebih meminta dirinya berbuat demikian. Bak kata orang, hati adalah raja  tubuh manusia. Entah mengapa, dia tersenyum sendirian. Syafiq yang berjalan beriringan dengannya pun naik pelik dengan perangai kawannya pada hari itu.
“ Mesti ada apa-apa ini.” getus hati kecil milik Syafiq.


Langkah Qaisara yang cepat itu diperlahankan ketika dia tiba di hujung koridor itu. Dia mengesat air matanya yang jatuh berguguran ketika dia berlari anak tadi. Dia memandang ke langit. Langit yang biru itu dipandangnya. Selalunya dia pasti tersenyum gembira  ketika melihat langit  biru yang terbentang luas itu, namun kali ini tidak.Pandangannya yang selalu mempunyai maksud itu, kini tidak punya apa-apa. Hatinya kini kosong. Dia memegang dadanya yang sebak itu. Selalunya pandangan akan memuji keindahan tuhan yang indah itu namun kali ini lain.
“ Awak ok?” tanya Khadijah. Qaisara memalingkan mukanya kea rah suara yang menyapanya itu. Segaris senyuman tawar dilemparkan kepada sahabat karibnya itu. Lalu dia lantas memandang langit biru itu sekali lagi. Khadijah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“ Saya tak apa-apa. Saya ok.”
“Ya lah tu. Awak ni bukannya saya tak tau perangai awak tu macam mana. Awak ada masalah, kan?”
“ Betul. Saya ok. Dah lah. Jangan risaukan saya, ok?” kata Qaisara sambil mencubit pipi gebu milik Khadijah.
Dia memandang sahabatnya itu. Khadijah merupakan sahabat baiknya sejak kecil lagi. Maklumlah ibu bapa mereka juga bersahabat baik. Dia memandang Khadijah dari atas ke bawah. Sahabatnya itu cukup sempurna. Kata orang, cukup pakej untuk dijadikan menantu. Orangnya cantik, sopan-santun dan sangat menghormati orang tua. Cuma, yang kurangnya Khadijah tidaklah seberapa pandai seperti dirinya. Tentang perkara itu, sememangnya dia harus berbangga diri sebentar. Namun, yang paling penting, kawannya itu kurus. Kadang- kadang dia sendiri cemburu dengan sahabatnya itu dan dia juga ada bertanya kepada sahabatnya itu tentang sebab sahabatnya itu ingin berkawan dengan dirinya yang gemuk itu. Tidakkah Khadijah berasa malu berkawan dengan dirinya. Namun, apa yang diterimanya hanyalah segaris senyuman manis. Ah! Sahabatnya itu kuat berahsia.
“Qaisara, awak dengar tak apa yang saya dengar?” Tanya Khadijah. Khadijah mengetap bibirnya. Ternyata, soalannya langsung tidak dijawab Qaisara.
“Aduh, sakitlah! Kenapa tiba- tiba sahaja awak mencubit saya? Apa salah saya?”
“Padan muka dengan awak. Saya tanya awak tadi, boleh pula awak endahkan saya macam itu saja!”
“ Maafkanlah saya. Sebenarnya saya dengar. Malaslah saya hendak ambil tahu.,”
“Aduh! Sakitlah. Janganlah cubit saya lagi. Awak hendak apa sebenarnya?”
 Khadijah menggeleng perlahan kepalanya. Sahabatnya itu dirasakannya semakin lama semakin teruk sifat lurusnya itu. Bilakah sahabatnya itu boleh menjadi matang? Kadang- kadang dia sendiri pening memikirkan sifat blurr  sahabatnya itu. Qaisara, Qaisara. Getus hati kecil Khadijah.
“ Awak itu bukankah mempunyai tanggungjawab penting iaitu menjaga keharmonian sekolah ini. Sebagai penolong ketua pengawas, awak harus jalankan tugas awak itu. Takkan itu pun awak tak faham lagi?” jelas Khadijah.
“ Yalah. Saya pergilah ini. Jomlah, ikut saya sekali! Bukankah awak yang beria benar mahu saya pergi. Jomlah cepat,” kata Qaisara sambil menarik tangan Khadijah, menuju ke arah tempat yang riuh rendah itu.
        “ Ya Allah! Qaisara!”  jerit Khadijah.Namun, masih sempat dia tersenyum gembira. Terima kasih, Ya Allah. Hatinya kini lega setelah melihat semangat Qaisara sudah datang kembali.
                                                                                               
        “Apa yang bising- bising ini?!” jerit Qaisara. Namun sayang, jeritannya itu langsung tidak menarik perhatian para pelajar yang berkerumun di situ. Ternyata, suaranya yang nyaring itu tenggelam dengan suara riuh rendah pelajar di situ. Apalah yang mereka bising-bisingkan itu? Omel Qaisara dalam hati.
 Tiba- tiba sahaja, rasa marahnya membuak- membuak ketika itu. Sudahlah ketika dia ke tempat itu bersama Khadijah, tiba- tiba sahaja Khadijah dipanggil guru. Nampak gayanya, dia perlu mengendalikan hal itu bersendirian tanpa sahabat karibnya itu.
        Tiba- tiba, dia terpandang sesuatu yang menarik. Sesuatu yang mungkin membantunya melihat kejadian tersebut memandangkan semua yang di situ langsung tidak menghiraukan dirinya.
        Qaisara membetulkan kedudukan kerusi yang diambilnya tadi lalu memanjat kerusi itu. Dia memejamkan matanya seketika. Ya! Dia memang gayat dengan ketinggian walaupun hanya di atas kerusi. Dia hanya akan berasa selamat jika kakinya menjejak tanah. Namun, demi tugas , dia terpaksa. Kerana terpaksa, dia lakukan juga.Sekarang dia sudah bersedia. Dia menjengket- jengket sedikit tubuhnya. Qaisara terlopong seketika  apabila melihat apa yang sebenarnya terjadi. Dia menggeleng kepalanya yang tidak gatal itu. Hendak buat apa ini?Namun seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. Dia tahu apa yang hendak dibuatnya. Tunggu, bersiap sedialah.
“ Siapa rasa dia terlibat dan nak ikut aku jumpa  Puan Khuzaimah, sila tunggu. Kalau tak ada kena mengena, bersurai cepat!” jerit Qaisara. Suasana yang riuh rendah sebentar tadi menjadi senyap seketika. Semua yang di situ memandang Qaisara. Ada juga yang sudah mulai berbisik- bisik. “Apa pandang- pandang? Kenapa? Nak ikut aku jumpa guru disiplin? Kalau tak nak, cepat bersurai!” jerit Qaisara sekali lagi. Habis serak suaranya. Pelajar- pelajar yang berkumpul tadi semuanya beredar dengan perasaan tidak puas hati. Bukan senang nak tengok pelajar popular sekolah bergaduh sesama sendiri. 
Harraz hanya memandang Qaisara. Qaisara, gadis yang baru saja dia kecewakan tadi. Dia meraba poket seluarnya lalu melihat semula gelagat Qaisara. Entah kenapa dia rasa semacam aneh selepas pertemuan kali terakhirnya bersama Qaisara tadi. Hatinya bagai tertarik untuk ingin meminta maaf. Namun, belum sempat dia melangkah menuju ke arah Qaisara yang sibuk memulangkan kerusi yang diambil Qaisara tadi, hujung tangannya pantas direntap Syafiq.
“ Kau nak pergi mana tu?” Tanya Syafiq. Namun, soalan Syafiq hanya tergantung begitu sahaja. Harraz terkunci mulutnya untuk memberi alasan. Apakah yang akan Syafiq fikir tentang dirinya dan pasti Syafiq akan bertanya apa yang berlaku jika dia memberitahu alasan yang tidak penting itu. Tidak. sememangnya alasan itu sebenarnya penting. Mahu dia rasa serba salah terhadap Qaisara seumur hidup. Entah kenapa dirinya begitu. Ah! Bencinya perasaan bersalah.
“ Jomlah. Rehat dah habis. Nanti subjek Biologi. Aku tak nak lambat ke kelas Puan Mei. Kau fahamlah dia,kan? Jom pergi. Lagipun Qaisara dah bagi warning tu. Tak nak aku terlibat sama. Dah jomlah,” kata Syafiq, lurus tanpa dia tahu niat Harraz  itu. Namun, melihatkan waktu rehat yang sememangnya sudah habis itu, dia turutkan sahaja kata Syafiq. Dia juga tidak mahu lewat ke kelas walaupun dia tahu kelas subjek Biologi itu merupakan kelas yang paling tidak digemarinya sama sekali.
Harraz memandang Qaisara sekali lagi. Hasrat yang ingin dikotakan tadi terpaksa dia kuburkan seketika.  Dia bukan seorang yang kejam namun dia tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap Qaisara apabila dia mendapat tahu Qaisara menyukai dirinya daripada diari Qaisara. Diari milik Qaisara itu dia jumpa di atas kerusinya sendiri. Nasib baik tiada siapa yang ambil. Kalau tidak habislah dirinya dan Qaisara. Mujur dia seorang sahaja yang tahu. 
        Qaisara segera turun dari kerusi tersebut. Mahu patah kaki kerusi itu, menampung berat Qaisara yang  sama berat dengan panda di Zoo Negara itu. Dia tersenyum sinis. Tak habis- habis lagikah mereka berdua ini? Qaisara hanya menggeleng kepalanya perlahan. Dia sudahpun bercekak pinggang. Siap untuk tindakannya yang selanjutnya seperti yang  dirancangnya tadi.
“ Aduh! Sakitlah ,pandai. Lepaskanlah telinga aku ini!” kata Emil, menahan sakit telinganya yang dipulas Qaisara. Qaisara hanya tersenyum sinis sahaja.  Suka hati sahaja hendak aku lepaskan korang lepas korang buang masa aku? Huh! Jangan harap! Padan muka!
“Dahlah tu! Kau tau tak telinga kami ini sakit?!” Kali ini Mikhail pula yang mengeluh, meminta telinganya dilepaskan. Ishan yang di sebelah kiri Qaisara mengiyakan dengan pantas. Tak tahan mereka hendak dipulas telinga lama-lama.
“ Tahu pun sakit. Tadi masa korang gaduh, boleh pula korang tak ingat sakit. Sekarang baru nak rasa sakit itu?! Korang ini hanya tahu bergaduh sahaja!”marah Qaisara. Akhirnya sakit hatinya yang terbuku sejak tadi dapat juga diluahkan. “ Dah sampai pun. Cepat masuk!”arah Qaisara. Kini, dia telahpun melepaskan telinga Emil dan Mikhail. Rasa lega yang amat. Masing- masing menggosok teling yang merah menyala itu. Namun, pandangan mereka saling bertaut apabila mereka mendapat tahu di mana mereka sekarang.
“ Kenapa bilik pengetua? Bukan kau kata kau nak bawa kami pergi jumpa Puan Khuzaimah?” Tanya Emil yang jelas pada raut wajahnya terdapat seribu kedutan. Mikhail juga sama. Nampak gayanya mereka kalau dalam bab ini, mereka  bersependapat.
“ So what? Salahkah aku bawa korang jumpa Tuan Amirahman? Salah? Oh, rupanya korang sebenarnya dengar announcement aku tadi masa korang gaduh. Kalau dengar, kenapa tak berhenti gaduh tadi. Kerja korang ini hanya tahu nak menghabiskan masa aku saja,” jawab Qaisara.
“Sudah! Cepat masuk!” arah Qaisara sambil menolak kedua- kedua lelaki tadi ke dalam bilik pengetua. Sebenarnya, pengetualah yang menyuruh dirinya membawa mereka ke biliknya. Itu pun dia diberitahu oleh Maryam, salah seorang pengawas Tingkatan Empat sekolahnya. Apa lagi, terpaksalah dia menukar strategi. Dia baru sahaja berseronok.
“ Kamu berdua lagi! Tak habis- habis muka kamu berdua sahaja yang saya yang saya nampak di bilik saya ini. Kamu berdua suka ya dengan bilik saya ini?! Kamu suka tengok muka saya  ini?! Kamu berdua ini memang tak pernah serik,kan?” marah  Tuan Amirahman sambil memegang misainya yang sepersis misai Wak Doyok, ikon fesyen Malaysia. Cuma, misainya lebih lebat dan menambahkan lagi wajah yang garang pada mukanya yang sememangnya menggerunkan pelajar- pelajar SMK Warisan itu.
 “ Qaisara, di mana kamu jumpa mereka ini?!” tanya Tuan Amirahman. Mahu gugur jantung kecil milik Qaisara. Tuan pengetua ni. Mereka yang salah bukan aku. Mahu mati terkejut aku dengar dia marah macam itu. Sebab diaoranglah ini. Aku pun kena juga.“Qaisara! Jawab!”
Walaupun volume suaranya hanya pada kadar yang biasa, namun Qaisara masih boleh terasa kegarangan pengetua sekolahnya itu. “ Ya, saya! Saya jumpa mereka di  tingkat kelas Tingkatan Lima ,tuan. Di hadapan kelas Tingkatan 5 Ibnu Sina,tuan.” Qaisara tunduk memandang lantai. Lagaknya seperti dia juga yang terlibat sedangkan dia tidak. Dia sebenarnya tidak sanggup menatap wajah pengetuanya yang garang itu.
“ Kamu berdua tunggu di luar. Qaisara, kamu tunggu. Saya ada tugas untuk kamu dan ini. Kad pelepasan untuk kamu bertiga. Pelepasan keluar kelas,” kata Tuan Amirahman. Emil dan Mikhail melangkah pergi sambil menahan sakit dirotan lima kali oleh Tuan Amirahman. Namun, kesakitan dirotan nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Lagipun, mereka sudah terbiasa! Qaisara pula terpaksa melangkah lemah ke arah meja pengetua. Nampak gayanya, terpaksalah dia masuk ke kelas lebih lewat. Apalah nasib.
Habis sahaja waktu persekolahan, Qaisara terus melangkah pergi ke dataran sekolah. Dia ada tugas penting di sana. Itulah yang dikatakan gadis itu kepada Khadijah. Pening kepala Khadijah melihat keadaan kelam kabut Qaisara. Macam –macam.
“ Sekarang ini, aku nak korang pergi tekan tubi 20 kali kat tujuh- tujuh kelas Tingkatan Tiga tu. Well, aku bagi masa kat korang dalam 10 minit sahaja. Don’t worry about the teachers. Diaorang semua dah terima arahan daripada pengetua. Lagipun aku dengar diaorang semua suka dengan punishment korang ni. Boleh diaorang semua dan aku release tension sikit. Maklumlah penat belajar,” jelas Qaisara dengan panjang lebar. Dia hanya tersenyum sinis. Padan muka korang! Puas hati aku!
“ Apa?! Tekan tubi kat dalam semua kelas tu? Dalam masa 10 minit?! Kau gila?” tanya Emil. Barangkali terkejut dengan hukumannya yang baginya mengarut itu. Mustahil dalam tujuh kelas harus untuk mereka melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali dalam masa 10 minit. Mustahil!
“ Betul! Kau dah tak betul ke nak suruh kami buat macam itu?” kata Mikhail. Nampaknya, sekali lagi Emil dan Mikhail ‘bekerjasama’ dalam hal itu. Sama seperti Emil, dia juga rasa mustahil untuk melaksanakan hukuman itu. Sebenarnya dia rasa  hukuman itu sangat –sangatlah mustahil.
“Jangan nak bantah aku. Aku gila atau aku sewel , ada aku kisah? Sudah! Jangan korang nak buang  lagi masa aku! Bukan aku yang bagi arahan tapi pengetua kesayangan korang yang bagi! Sudah! Dalam kiraan tiga, dua dan satu! Start!” kata Qaisara. Kelam kabut Emil dan Mikhail dibuatnya.
Qaisara menahan tawanya. Dia harus bertahan. Walaupun dia bisa, namun sebagai seorang berjawatan besar di sekolahnya ini, dia harus menunjukkan contoh yang baik. Dia juga punya reputasi. Reputasi sebagai pelajar contoh di sekolah. Selepas 10 minit berlalu, seperti yang diarahkannya tadi, Emil dan Mikhail berlari ke arahnya dalam keadaan tercungap- cungap. Jelas pada raut wajah mereka yang sangat kepenatan itu. Qaisara yang melihat memandang tanpa perasaan.
“ Lain kali, jangan suka cari masalah di sekolah ini. Sekolah ini bukan tempat nak bergaduh. Kalau nak gaduh carilah gelanggang gusti atau muay thai.Bukan kat sekolah. Sudahlah! Aku nak balik. Buang masa betul!” rungut Qaisara sambil  mengorak langkah. Pasti, Pak Mat sudah lama menunggunya. Kasihan pemandu keluarganya itu. Ini semua sebab mereka berdua.

Ketukan bertalu beserta salam di muka pintu rumah agam milik Dato’ Adam membuatkan Qaisara mempercepat langkahnya untuk membuka pintu. Dia memandang sekeliling sebelum membuka pintu. Di mana semua orang di rumah ini? Terbuntang mata gadis itu melihatkan tetamu yang datang. Oh,tidak! Datin Syarina, mamanya Emil.
“ Mampuslah aku. Takkan Emil beritahu mama dia tentang aku? Habislah aku kali ni,” kata Qaisara perlahan.
“ Tak nak jemput auntie masuk ke?” tanya Datin Syarina, memadamkan lamunan Qaisara seketika. Mulutnya yang terlopong itu ditutupnya segera. Bernasib baik tiada lalat yang masuk ke dalam mulutnya itu. Mahunya nanti dia tercekik. Kalau ya, terpaksalah dia masuk hospital.
“ Qaisara,” Datin Syarina berkata lagi sambil melambaikan tangannya di muka Qaisara. Terkebil-kebil mata Qaisara dibuatnya.
“ Jemputlah masuk, auntie. Sorry auntie, sebab lambat buka,” jelas Qaisara. Pasti Datin Syarina sudah lama menunggu di luar. Qaisara pun berjalan beriringan dengan Datin Syarina sehingga ke ruang tamu mewah milik mereka. Qaisara sempat memandang belakang. Dia tersenyum lebar. Nampaknya Emil tidak ikut sekali mamanya. Terlepas dia kali ini. dia sungguh bernasib baik hari itu.
“ Sekejap ya, auntie. Qaisara panggilkan ummi, ya,” kata Qaisara sambil berlalu, selepas memastikan Datin Syarina benar-benar selesa duduk di ruang tamu itu.
Selepas itu dia menuju ke tingkat dua rumahnya untuk memanggil umminya. Beberapa minit kemudian, dia berlalu pula ke dapur untuk menolong pembantu rumahnya yang dipanggil Kak Syira itu menyediakan apa- apa yang patut kepada tetamu mereka itu. Selesai sahaja, dia membawa dulang yang dipenuhi dengan sejag jus oren beserta empat gelas ke meja makan manakala Kak Syira pula membawa dulang berisi makanan tengah hari. Maklumlah Datin Syarina datang menziarahi mereka pada waktu tengah hari.
Namun, belum pun tiba di meja makan, langkah Qaisara terhenti seketika. Tak mungkin! Dia menggosokkan matanya berkali- kali. Ternyata dia tidak salah lihat. Tadi dia tidak nampak pun jejaka itu. Aduh, macam mana ini. Habislah dirinya kali ini. Mesti Emil telah mengadu tentang dirinya kepada Datin Syarina.  Dasar anak manja.
“ Eh, Qaisara. Cepatlah hantar minuman itu ke sana. Sudah! Pergi cepat. Ummi kamu panggil itu,” kata Kak Syira.  Aduh, macam mana dia hendak lari kali ini? Tidak!
Dengan terpaksa, Qaisara meneruskan perjalanan yang terhenti itu. Tiba sahaja di meja makan, dia melemparkan senyuman yang begitu manis agar semua yang di meja makan itu cair dan sejuk hati. Dia harap tiada lah apa –apa masalah. Kalau tidak, masaklah dia kali ini. Selepas meletakkan minuman di atas meja, dia menarik kerusi di sebelah umminya , betul-betul berhadapan dengan Emil.
“ Kau ingat kau senyum macam itu, kau boleh lepas? Tak semudah itu. Kali ini aku akan buat kau merana.” Panas hati Emil melihat Qaisara masih lagi boleh senyum semanis itu terhadapnya. Hatinya yang panas itu sedikit pun tidak terkesan dengan senyuman gadis gemuk itu.
“ Mak aih, tajamnya renungan mata dia! Macam singa nak terkam tikus je. Aduh, kalah renungan mata tuan pengetua. Matilah aku,” getus hati kecil Qaisara. Dia berdoa sangat agar kali ini sahaja dia lepas.
“ Sebenarnya kami datang ziarah ini, ada hajat,” kata Datin Syarina membuka perbualan setelah beberapa minit suasana di meja makan itu senyap seketika. Dia tersenyum memandang Qaisara dengan senyuman yang manis. Dah kenapa Auntie Syarina hendak pandang aku macam itu? Senyuman Datin Syarina tadi disambut dengan segaris senyuman manis milik Qaisara.
“ Datin Sarah, sebenarnya kami datang ini nak meminang Qaisara untuk Emil,”
“Apa?!” Serentak itu Qaisara dan Emil menjerit, tidak percaya dengan kata- kata Datin Syarina sebelum memandang muka masing- masing. Qaisara sudah pun bangun dari tempat duduknya. “ Betulkah apa yang awak cakapkan?” tanya Datin Sarah,lembut. Dia sendiri tidak percaya dengan kenyataan rakannya itu. Tidak mungkin Datin Syarina hendak mengahwinkan anak mereka pada usia yang muda. SPM pun belum lepas lagi.
“ Tak lah. Bukan itu maksud saya,” jelas Datin Syarina. Hampir meletus ketawanya tadi saat dia melihat reaksi semua yang di situ dengan kenyataannya itu. Sengaja dia ingin mengusik mereka. Akhirnya, meriahlah juga perjumpaan mereka itu. Taklah bosan sangat.
 Qaisara mengurut dadanya yang terasa pedih itu. Fuhh. Nasib baik. Dia bermatian menyangka Datin Syarina benar- benar ingin meminang dirinya. Sudahlah dengan anaknya itu! Tidak sanggup Qaisara hendak berkahwin dengan lelaki itu! Dia lebih sanggup tidak kahwin daripada berkahwin dengan ‘musuh utamanya’ itu. Merana rumahtangganya nanti.
“ Sebenarnya saya nak masuk meminang Qaisara jadi guru muda untuk Emil,” jelas Datin Syarina. Hampir tersembur jus oren yang diminum Emil, mendengarkan kenyataan mummynya itu. Qaisara juga hampir tersedak. Apa ni? Please, auntie. Janganlah bergurau lagi. Ini gurau kasar namanya. Tak kelakar langsung. Tak mahu!
 Dia memandang Emil. Qaisara dapat melihat kerutan di dahi miliknya Emil. Pasti Emil juga tidak tahu akan hal itu. Qaisara menggeleng kepalanya perlahan. Tak mungkin musuhnya itu tidak tahu. Pasti dialah tukang perancang semua ini.
Emil memandang mummynya , meminta kepastian. Aduh! Apa pula yang mummynya hendak buat kali ini? Tak mahu dia bermahagurukan ‘ anak gajah’ itu. Kenapa tidak diupah sahaja guru yang lain? Kenapa harus Qaisara yang menjadi guru mudanya?
“ Saya ingatkan apa tadi. Oh! Boleh saja kan, Qaisara?” tanya Datin Sarah.
Qaisara memandang umminya. Dia tidak tahu hendak berkata apa-apa ketika itu. Lidahnya kelu saat itu. Apa yang perlu aku jawab ini? Ah! Serabutnya dia ketika itu.
“ Auntie, Qaisara bukanlah pandai sangat pun.” Itu sahaja yang dia mampu berkata ketika itu.
“Bukankah Qaisara selalu dapat nombor satu di sekolah,hmm?”
“ Tentang itu… memanglah, auntie.”
“ Baguslah itu.”
“Tapi kalau bab –bab mengajar ini, Qaisara tidak berapa hendak tahu sangat.”
“ Bab itu, nanti Qaisara terbiasalah nanti. Ala… tolong ajarkan Emil sahaja. Menolong itu bukankah perkara yang baik,” kata Datin Syarina lagi. Dia tidak akan berputus asa untuk terus-menerus memujuk Qaisara bersetuju dengan penawarannya menjadi guru muda untuk anak lelakinya itu.
“ Kalau Qaisara risau tentang penatlah,apalah. Jangan risau, nanti auntie bagi gaji,okey?”
“Ah, dah sudah! Ini kes sengaja nak buat aku rasa serba salahlah ni. Apa yang aku hendak jawab?”
“ Terima sahajalah,sayang. Nanti kamu berdua boleh belajar sama-sama,” kata pula umminya. Qaisara sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Terpaksalah dia mengalah. Akhirnya, dia mengangguk juga tanda dia setuju. Dia memandang kembali Emil. Ternyata, Emil sedang marah dengan dirinya walaupun Emil tidak berkata begitu. Namun, kerutan di dahi Ishan memberitahu  Qaisara dengan jelas betapa marahnya musuh utamanya itu.
Emil sangat terkejut dengan keputusan Qaisara. Sangkaannya bahawa Qaisara akan menolak tawaran mamanya yang gila itu ternyata meleset sama sekali. Tidak dia sangka ‘badak air’ itu akan bersetuju pula dengan tawaran itu. Ah! Memang hendak kena ‘badak air’ itu. Namun, seketika kemudian, Emil mula tersenyum semula. Memandang Qaisara sudah bersetuju, maka rancangannya hendak membalas dendam terhadap gadis itu akan bermula. Kau tunggu sahaja nanti, ‘badak air’. Aku akan ajar kau cukup-cukup. Biar hidup kau merana sebab pernah kenal aku.
“ Baguslah macam itu,” kata Datin Syarina.                                               

“ Kenapa kau setuju dengan cakap mummy aku tadi?!” soal Emil, tidak puas hati dengan Qaisara.
“ Kenapa tak puas hati? Kau ingat aku nak sangat nak jadi guru muda kau ke,hah?!” jerit Qaisara. Adakah lelaki itu fikir dia mahu semua itu berlaku? Kalau tidak disebabkan umminya, jangan harap dia mahu. Selama ini, dia tidak pernah melawan kata-kata umminya. Takkan kali ini dia hendak pecahkan rekod bersih itu pula hanya kerana musuh utamanya itu?
“ Apa kau kata?!” tanya Emil.
“ Aku kata aku pun tak teringinlah mahu jadi guru muda kau! Mummy kau buat semua ini mesti sebab cikgu- cikgu tuisyen kau dulu semuanya tak boleh pakai,kan?  Mana tidaknya, semua menggatal, kerja hanya nak goda anak orang kaya saja. Pergi kerja bukan nak mengajar. Lagi mengada-ngadalah diaorang bila ‘buaya darat’ macam kau itu layan diaorang tu. Itulah, suka sangat ambil cikgu muda-muda. Padahal kau bukannya handsome sangat pun,” kata Qaisara panjang lebar. Muka miliknya Emil sudah merah, panas apabila mendengar kata-kata Qaisara.
“ Kau jangan suka hendak serkap jarang. Kau nampak ini?” soal Emil sambil menayangkan buku lima di hadapan muka Qaisara. Dia sudah bersedia hendak menumbuk muka di hadapannya itu.
“ Kau ingat aku takut? Kau nak tumbuk sangat aku,bukan? Tumbuklah kalau kau berani!” marah Qaisara. Emil ingat dia takut dengan diri lelaki itu. Dia tak pernah takutlah!

“ Siaplah kau nanti. Hari ini mungkin hari kau, tapi esok lusa, semuanya hari aku,” kata Emil sambil menjatuhkan tangannya tadi. Lalu dia berlalu pergi, menuju ke kereta mewah milik keluarganya. Qaisara hanya memandang lelaki itu pergi sebelum melihat Emil menghadiahkan sepasang jelingan maut kepadanya. Lelaki itu ingat lelaki itu boleh menakutkan dirinya dengan ugutan lelaki itu sebentar tadi? Huh! Dasar lelaki pendendam!

No comments:

Post a Comment