Saturday 23 January 2016

Bila hATI kata SUKA!!

Apa perasaan korang bila terpandangkan muka orang yang korang betul-betul suka?
Terutama bila kita yang low profile nie dapat cakap dengan dia?
Mungkin saat dia tersenyum kat kita padahal kita perasan je tu?
Pasti hati rasa macam nak meletop sangat2 kan?



itulah yang Mocha rasa bila Mocha terpandangkan crush Mocha...
hati bagai nak meletop2.
dah sekelas dengan ia... oh tidak!!!
dah dekat 4 tahun suka dia...tak pernah berubah...
tapi bila difikirkan balik... dia dah suka org lain la... hhuhu
nak buat macam mana... lagipun Moch bukannya layak pun kalau nak dibandingkan dengan dia...

berjuta kali hendak dilupkan pun.. masih tak boleh.. bolehke kita senang-senang je nak lupakan orang tu
setiap  kali hendak dilupakan.. setiap kali tu la..alllah hantar dia semakin dekat...
Mocha tahu nie semua adalh ujian untuk Mocha...
kadang-kadang tu Mocha selalu jugak lah nangis.. macam itulah masalah yang besar..
mana tidaknya dah lama Mocha cuba.. x dapat jugak..
akhirnya mocha bukan keputusn untuk... suka je.. tapi jgn layan sangat...


beribu kali Mocha cuba nak lupakan dia... Mocha still tak boleh lupa...
tapi setiap kali Mocha nampak dia atau dia masuk ke kelas Mocha.. Mocha akan cepat-cepat keluar.
by hook or by crook, Mocha still na lupakan dia..
Mocha takkan pernah sempurna di mata mana -mana lelaki yng kenal Mocha.
Mocha tak sempurna macam orang lain..
bukannya Mocha nie OKU..tentang tu Mocha rasa sangat bersyukur..
cuma utk menyukai seseoarang itu, Mocha rasa Mocha takkan pernah layak utk sesaper..
bagi Mocha.. menyukai/mencintai seseorang yang kita suka ibarat menghiris hati ini...
terutama bila ianya hanya bertepuk sebelah tangan...
anywaykan guys... Mocha rasa besyukur sebab Allah masih sayangkan Mocha ...
sebab apa?
sebab dia masih beri kekuatan kat Mocha utk terus simpan perasaan suka nie..
 walaupun dah hampir 3 tahun setengah....
cinta itu masih ada..

orang selalu tanya kenapa Mocha masih suka dia padahal dia sebenarnya sukakan org lain..
Mocha x tahu  nak cakap apa... sebab bagi Mocha.. Mocha tak berharap utk dia suka Mocha balik...
sebab Mocha tak layak utk mengejar cinta seorang lelaki... walaupun seoarang...
jgn tipulah kalau korang kata yang korang tak suka orang yang korang suka kata yang dia pun sukakan kita..
sebenarnya itulah impian orang yang dilamun cinta ...
bagi Mocha cinta it sakit.. macam lagu Janna Nick tu.. cinta itu membunuhku..

Lelaki itu sebenarnya dah lam bunuh hati Mocha..
dia bunuh hati Mocha dengan perasaan suka yang memang Mocha ras asakit sangat rasanya menanggung cinta itu..

apapunkan guys...
kalau korang sukakan org tu... doa je yang korang akan jaga hati dan jaga cinta Allah tu..
Mocha tau yang Allah akan beri yang terbaik utk Mocha..
doakan yer...

jom layan... lagu favourite Mocha...
adele hello

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kamu sebenar-benar meletakkan Allah dan kekasih-Nya didalam hatimu, kamu tidak akan sesekali meniti bibirmu dengan nama lelaki yang belum tentu akan menjadi jodohmu. Kamu juga tidak akan mudah untuk membayangi dan mengingati lelaki itu. Sebagai nasihat, ingatlah bahawa Allah akan menetapkan yang terbaik buatmu andai dirimu menetapkan bahawa Allah-lah yang terbaik. :)

      Delete
    2. terima kasih di atas nasihat....
      deep sgt...hehehehe

      Delete