Friday, 12 February 2016

Saranghaeyo!!!

Hi Guys...
entry kali nie bukan pasal k-pop..
tapi pasal Saranghaeyo..
iaitu I lOVE yOU
atau kita yang melayu nie cakap..
SAYA CINTAKAN AWAK..!!!











Sebenarnya Mocha bukan apa...
memandangkan inilah topik yang sangat hot meletop ...
kababoom gitu!!!
jadi Mocha nak share lah cikit,..

tentang apa agak2 nya?
sorilah.. setiap kali entry mesti ada ..
teka -teki...
ala.. saje jer..
cepat teka...

tentang perassaan Mocha ..
bukan macam ari tu la...
tapi nie pasal pandangan Mocha tentang ...

COUPLE....
well bagi sesetengah orang..
bila dengar je pasal kapel...
mesti korang cabut lari dulu... sebab takut kena ceramah..
kan 2? tak gitu...
Mocha bukan nak ceramah la...
Mocha nak bagi tips je...
macam mana nak kekalkan hubungan korang...

Tip 1: Elak Cemburu Buta
Dalam situasi berjauhan, kepercayaan adalah elemen paling penting. Pastikan hubungan bersifat terbuka dan tiada perkara diselindungkan. Cipta beberapa peraturan asas yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Agar hubungan tidak menjadi dingin, nyatakan kekerapan untuk saling berhubungan. Selain itu, dapatkan cuti lebih awal untuk menyambut hari-hari istimewa bersama.
Tip 2: Belajar Menerima Hakikat
Tiada pasangan yang mahu hidup berasingan namun jika sudah itu takdirnya, terimalah hakikat dengan terbuka. Jangan tertekan bahkan cuba mengeratkan hubungan dengan apa cara sekali pun. Usah berfikiran negatif dengan menganggap situasi sebegini hanya menjadi batu penghalang. Sebaliknya anggaplah ia dapat membantu memantapkan hubungan memandangkan anda dapat merasai betapa pentingnya si dia dalam hidup anda.
Tip 3: Aplikasikan Teknologi Terkini
Terdapat pelbagai teknologi baru yang dapat menghubungkan pasangan yang berjauhan. Ia buka saja mudah malah tidak perlu mengeluarkan kos. Jika berkelapangan, hantarkan emel kepada si dia. Selain mudah, ia juga boleh disimpan dan dibaca semula apabila rasa rindu mula menguasai diri. Hantarkan juga gambar terbaru kepada pasangan agar ingatannya terhadap wajah cantik atau kacak anda tidak pudar begitu saja.
Tip 4: Bercerita & Berkongsi Masalah
Sikap suka menyembunyikan sesuaitu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.
Tip 5: Tolak Isu Remeh-Temeh
Sudahlah tinggal berjauhan, bergaduh pula. Situasi ini boleh menjadi parah jika tindakan tidak diambil. Memandangkan anda sukar untuk bersua, elakkan daripada bertekak tentang perkara yang remeh-temeh. Kebanyakannya akan naik angin jika pasangan tidak menelefon pada waktu yang dijanjikan. Usah ikutkan hati kerana mungkin si dia sedang sibuk dan perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dulu. Anda seharusnya bertenang dan tanya dengan nada yang lembut.
Tip 6: Rancang Kejutan
Dalam mencintai seseorang, anda perlu berfikiran kreatif agar cintanya terhadap anda akan menjadi lebih mendalam. Untuk itu, apa kata anda rancang satu kejutan romantis untuk di sia. Kejutan tidak bermaksud anda perlu mengeluarkan kos, sebaliknya yang kejutan ringkas sudah cukup bermakna.

sebenarnya Mocha tak pernah couple..
Alhamdulillah..tu merupakan rekod bersih tau..
tapi itulah... Mocha nie dah banyak crush..
opss..terlepaslah pulak..
x de lah... main2 je.
anyway kan guys...
tips di atas tadi semuanya untuk yang telah BERKAHWIN ...
SAHAJA!

ok...? kenapa terkejut ke...
Mocha tak nak lah korang hancurkan masa depan kornag...
sebab couple.. korang punya masalah bertimbun...
pikirkan pasal studies la, family lah dan ditambah lagi pasal couple korang tu,...
sanggup ye korang...
anyway kan korang layan lagu nie sat....


bagi lelaki..
mai Mocha nak nasihatkan na..
kalau baju minum makan pun parents masih beli..
tak payahlah nak berhabis duit dengan bercouple...
daripada dompet yang setebal 2 inci penuh dengan duit...
terus jadi kosong sbb apa..?
sbb gf ajak SHOPPING...ish3

perempuan memang suka shopping...
tapi perempuan ada dua jenis...
yang pertama... yang suka shopping barang2 tak penting..
contoh makeup.. dress yang sebenarnya kt dalam almari tu pon...
 tak pernah sentuh lagi...
yang kedua... ya ng suka shopping benda 2 penting...
contoh: buku , bahan masak kat rumah..
tu baru ciri perempuan yang bagus...
 tak menghabiskan duit lelaki..
yang nie boleh dijadikan isteri...
duit nanti pun safe sentiasa...

bukan maksud Mocha nak burukkan perempuan..
apa? korang fikir Mocha nie bukan perempuan..
hanya perempuan sahaja yg tahu perangai perempuan sebenarnya....
betul.. tak tipu..


tapi kalau korang nak putus..
cakap elok 2 tau..
jgn guriskan hati perempuan.. tak elok
cakap lah yang korang nak putus...
tapi...
korang kena guna ayat nie...
"kalau awak betul2 cintakan saya... cepatlah masuk meminang,..."
" kalau awak betul2 sukakan saya... boleh tak kalau awak tunggu saya...""
" kita kawin.."
kan senang..maybe Mocha tak pernah couple..
senang jelah Mocha cakap macam tu je..
korang kena bersabar...
boleh..chaiyok!!!
harap segala kesilapan Mocha pada hari ini ..
andai melukakan hati suci  korang tu..
sori...






















No comments:

Post a Comment