Tuesday 21 March 2017

Cerita Kita Semanis Mocha (Bab 2)



Bab 2

Teriknya matahari ketika itu hanya Allah sahaja tahu. Dikipasnya badannya yang besar dengan menggunakan sebuah buku yang berada di tangan. Peluh yang menitis di dahi segera diseka. Walaupun telah lima belas minit tiba di hadapan pintu pagar  banglo mewah miliknya keluarga Emil, Qaisara masih belum berani hendak melangkah kaki ke dalam banglo mewah itu. Hatinya seakan-akan berdebar dengan sangat kencang ketika ini. Qaisara memegang dadanya. Betul –betul laju.


“ Ya Allah, kenapa dengan jantung hambamu ini? Kenapa jantung hambamu ini berdebar sangat hari ini? Setahu aku, masa hendak merentas desa tahun lepas pun taklah sedebar ini. Aku bukannya nak berperang pun, aku nak mengajar orang kot! Ya Allah, tolonglah hambamu ini!” rintih hati kecil Qaisara. Entah mengapa dengan dia pada hari itu. Sejak dari rumahnya lagi dia bersikap tak senang duduk. Umminya juga perasan dengan sikap dirinya pagi itu.

“ Qaisara, kenapa ni?” tanya Datin Sarah sebelum menghirup Cappucino panas kegemarannya itu.

“ Tak ada apa-apalah ummi. Qaisara baik- baik saja. Rilekslah, ok,” kata Qaisara, menenangkan hati umminya sedangkan hatinya kini penuh dengan gundah gulana tak pernah sudah.

“ Ya lah itu. Bukan ummi tak kenal anak sulung ummi ni. Qaisara nervous ?” tanya Datin Sarah.

“ Mana ada Qaisara nervous. Qaisara steady saja ni. Tak ada apa-apalah. Dah lah ummi. Qaisara dah nak pergi ni. Pak Mat dah tunggu tu. Assalamualaikum,” kata Qaisara sebelum berlalu pergi.
Qaisara meletakkan tangannya di dada. Ternyata degupan jantungnya kini menjadi semakin laju. Dia kini menjadi semakin tidak keruan. Patut saja ke aku balik dan batalkan kelas nie? Nanti apa pula kata ummi dan Auntie Rina, sebab kenapa aku tiba-tiba saja nak batalkan kelas tu? Ya Allah, apa yang aku nak buat ini?

“Takkan kau, Qaisara takut  kot? Kau, Qaisara tak akan takut dengan mana-mana lelaki. Apatah lagi dengan Emil itu, si ‘budaya darat’ tu. Tapi macam mana kalau dia buat macam-macam kan aku?  Buakan kau tak tahu mamat sewel tu macam mana?” Detik hati kecil Qaisara.

Kalau tetiba saja nanti Emil buat aniaya kat aku macam mana? Mamat tu bukan boleh pakai pon. Silap hari bulan….

Iphone S6 milik Qaisara berbunyi, lantas memecahkan segala lamunan Qaisara yang entah apa-apa itu. Kedengaran dengan jelas lagu New Romantics nyanyian penyanyi antarabangsa terkenal, Taylor Swift. Pantas dia melihat nama yang tertera di skrin.

“ Private number? Siapa pula yang telefon aku time aku tengah busy ni? Hello…”

“ Sampai bila kau nak tercenguk kat depan pagar rumah aku tu? Aku tau la rumah aku  ni besar, tak payahlah lama sangat nak tenung rumah ni!” kata Emil.

Terkejut Qaisara dibuatnya. Macam mana Emil boleh tahu nombor telefonnya itu. Setahu dirinya dia tak pernah memberikan apa-apa kepada lelaki itu apatah lagi nombor telefonnya. Habis tercemar contact Iphonenya nanti. Dan lagi satu. Bagaimana pula Emil boleh tahu dia di hadapan pagar rumahnya Emil. Adakah ‘buaya darat’ itu sedang mengintipnya? Qaisara memandang ke sekelilingnya. Tiada sesiapa pun.

“ Kau tak payah nak tengok kiri kanan semata-mata nak cari aku. Cepatlah masuk. Kerja kau hanya nak menyusahkan aku saja!” jerit Emil.

“ Eh! Macam mana kau dapat number phone aku hah? Kau kat mana hah?!”

Tuttuttut…

“ Boleh dia tutup terus phone dia masa aku tengah sibuk tanya dia?! Arghhh!! Aku benci kau, Emil!!!” jerit Qaisara, dalam hati saja. Tidak mahu dia mengeluarkan suara emasnya itu. Mahu nanti semua jiran di situ tahu tentang dirinya. Buat malu saja nanti.

Dengan langkah yang terpaksa, Qaisara masuk sambil berdoa agar tidak ada apa-apalah yang berlaku nanti.

Emil mencampakkan badannya ke atas katil. Segaris senyuman lebar terukir pada wajah Emil. Seronok dia memarahi Qaisara sebentar tadi . apa perempuan itu fikir yang dia boleh lepas dari dirinya. Ini Emil lah. Sekali kau masuk ke gelanggang, sampai bila-bila kau takkan keluar.  Aku nak kau hidup merana sepanjang kau jadi guru muda aku.

Dia masih teringat tentang gelagat Qaisara yang mundar mandir bak cacing kepanasan di hadapan pagar rumahnya itu. Entah apalah yang difikirkan gadis itu sebenarnya. Entah apa-apalah si ‘badak air’ itu. Dia juga masih teringat tentang bagaimana mummynya boleh memintanya menelefon segera Qaisara. Bimbanglah itu kalau Qaisara tidak jadi hendak datang disebabkan anak bujangnya itu. Sepanjang dia berada di bilik, memerhatikan Qaisara sejak tadi, mummynya tidak habis-habis membebel. Sakit telinga Emil mendengar semua itu. Qaisara,Qaisara dan Qaisara. Tak habis –habis Qaisara.Entahlah apalah yang membuat mummynya meminta Qaisara menjadi guru mudanya. Bukan hebat pun perempuan gemuk itu.Tidak berbaloi langsung.

Langsir yang memberi laluan langsung sinar  cahaya matahari masuk ke kamar Emil segera ditutup semula. Dia hendak sambung tidur semula. Biar padan dengan muka Qaisara. Biar dia tahu bahawa Perang Dunia III bakal tercetus. Tengoklah nanti.

“ Bila Qaisara sampai? Mari masuk. Auntie panggilkan Emil sekejap, ya?” jemput Datin Syarina.

“Ok, Auntie,” jawab Qaisara lemah tapi masih mengekalkan senyuman manisnya itu. Padahal senyuman itu tidak ikhlas dari hatinya.  Kelihatan senyuman lebar di wajah mulus datin itu. Akhirnya, orang yang ditunggu-tunggu tiba juga. Resah hatinya memikirkan Qaisara yang tidak kunjung tiba itu. Dia mula berfikir bukan-bukan jika Qaisara tiba- tiba sahaja tidak jadi mengajar Emil. Dia tahu Emil dan Qaisara ibarat anjing dengan kucing. Asal jumpa saja gaduh, asal gaduh saja jumpa. Entah apa-apalah mereka berdua ini. Tapi yang bagusnya tentang mereka berdua  adalah mereka takkan bergaduh depan ibu bapa masing -masing. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi Datin Syarina.

Qaisara memandang ke sekeliling. Segaris senyuman ikhlas terukir di bibirnya. Ternyata rumah itu tidak banyak berubah. Dia mula berjalan ke sekeliling ruang hadapan rumah itu. Datin Syarina hanya tersenyum melihat gelagat Qaisara yang sedang membelek-belek gambar keluarganya itu. Dia secara tiba- tiba sahaja mendapat satu idea. Mungkin idea nakal dan gila. Dia tahu hendak buat apa sekarang. Langkah yang diorakkan tadi dihentikan. Secara 360 darjah dia memusingkan badannya lalu tersenyum nakal. 

Akhirnya setelah puas dia mengelilingi ruang itu, dia kembali ke ruang tamu rumah agam itu. Dia mengeluh berat. Mana Emil ini? Tanya hati Qaisara dalam keadaan resah yang amat. Entah kenapa dengan dirinya pada hari itu. Soalan yang sama diulangnya dalam hati.

“ Qaisara, Auntie dah panggilkan Emil tapi dia tak nak bangun lagilah, Qaisara,” kata Datin Syarina.

“ Bukan dia baru telefon aku tadi ke? Suka hati dia nak tidur balik?! Dasar anak bujang pemalas!!!” kata Qaisara dalam hati sehingga dia tidak sedar Datin Syarina sedang memandang dia yang tiba-tiba berubah muka.

“ Qaisara, Qaisara!”

  Oh! Ya Auntie! Qaisara minta maaf sebab mengelamun tadi. Auntie kata apa tadi? Emil tak bangun lagi?”

Tiba-tiba timbul idea baru dalam fikiran Qaisara. Inilah masa untuk dia melarikan diri. Memandangkan Emil ‘tak bangun’ lagi, bolehlah dia cabut lari. Dia merasakan bahawa dirinya masih belum bersedia lagi. Takut kalau lelaki itu menaruh dendam dengan dirinya.

“ Kalau macam itu, Auntie, Qaisara balik dululah. Kalau tuan punya badan tak nak bangun tidur, buang masa Qaisara sahaja, Auntie,” kata Qaisara sambil mula menyandang beg sandangnya.

“ Ala... Qaisara boleh kejutkan dia,kan?” tanya Datin Syarina sambil tersenyum.

“ Apa?! Kejutkan Emil?!”

“ Ya, kejutkan dia. Kalau Qaisara yang kejutkan, confirm dia bangun. Ala... macamlah Qaisara tak kenal perangai Emil tu. Kalau perempuan lain selain Auntie dan Mak Jah masuk bilik dia, confirm dia meroyan macam orang gila. Jadi, Auntie nak guna kelebihan yang ada pada Qaisara untuk sedarkan ‘beruang berhibernasi’ tu. Boleh?”

“ Tapi Qaisara mana boleh masuk bilik orang sesuka hati saja, Auntie. Nanti, apa kata Emil pula. Nanti dikatanya Qaisara ini perempuan tak tahu malu...” kata-kata Qaisara pantas dicelah oleh Datin Syarina.

“ Ala, Qaisara. Emil tak akan kata macam itu. Cepatlah pergi kejut dia. Nanti lambat nanti korang belajar. Good luck!”

Qaisara lantas ditinggalkan Datin Syarina yang pantas ke biliknya. Qaisara yang masih dalam keadaan terpinga-pinga sudah mati akal hendak berbuat apa. Kenapalah dirinya selalu bernasib begitu. Di mana adanya Emil Nawwaz, di situlah adanya masalah. Ish! Menyusahkan betullah mamat sengal ni.

Dengan langkah yang betul-betul terpaksa, dia menuju ke bilik Emil di tingkat dua. Harap-harap biliknya masih di tempat yang sama. Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Emil, Qaisara tersenyum sinis. Kalau pintunya kemas di luar, mesti bersepah di dalam. Bukan aku tak kenal mamat sengal ni. Qaisara membaca bismillah sebelum memulas tombol pintu bilik Emil.

“ Ya Allah, gelapnya bilik mamat ni. Dah nak dekat tengah hari pun, masih nak membuta lagi. Dasar mamat sengal plus pemalas.” bisik Qaisara dalam hati.
“Ouch! Sakitnya! Apa yang aku pijak ni?” tanya Qaisara. Terasa kakinya seperti dicucuk. Dengan pantas Qaisara mencapai suis lampu lantas membukanya. Emil yang sedang nyenak tidur terasa matanya silau seketika. Matanya dengan segera dapat menangkap susuk tubuh yang membuka lampu tetapi dia tidak dapat mengesahkan gerangan orang itu.

“ Wei, sewel! Tutup balik lampu tu! Aku nak tidurlah!” jerit Emil sambil mencampakkan bantal di sisinya ke susuk tubuh itu. Qaisara yang melihat bantal itu diterbangkan ke arahnya segera mengelak. Fuh! Nasib baik tak kena. Kalau tak. Habis tudung aku  nanti.

“ Woi! Bangunlah. Kau tahu tak sekarang dah pukul berape? Dah pukul 12.30 tengah hari tau. Cepatlah bangun! Lagi cepat kau bersiap, lagi cepat aku ngajar, lagi cepat aku balik. Boleh tak kalau kau tak cuba untuk menyusahkan aku?! Woi! Cepatlah bangun! Dasar mamat sewel!! Bangunlah!!!” jerit Qaisara. 

Datin Syarina yang berada di dapur itu pun boleh mendengar suaranya Qaisara. Qaisara kalau dah jumpa musuh utamanya itu, mulalah tu nak buat perang dunia ketiga. Tak habis-habis dengan dua orang manusia nie. Entah apalah yang boleh baikkan mereka berdua itu. Datin Syarina hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Yang lain, biar Qaisara dan Emil sahaja yang bereskan.

Emil kini betul-betul sudah panas hatinya. Ini, kalau ada skala kepanasan hati, mahunya dah sampai limit. Kedua-dua bantal di sisinya segera ditelangkupkan ke atas telinga, malas mahu mendagar Qaisara membebel panjang macam mak nenek. Melihatkan perbuatan Emil yang mengendahkan dirinya, Qaisara mula naik berang. Aku kalauu orang dah buat tak dengar cakap aku nie, memang nak kena orang macam tu. Siaplah kau, Emil. Jangan ingat kau tu anak tuan rumah, kau boleh buat sesuka hati kau je. Nah! Ambik nie! Bnatal yang kau sua kat aku tadi.

        Bantal yang digunakan Emil tadi untuk dibalingkan kepada Qaisara kini sedang ‘terbang’ menemui tuannya semuanya. Namun, kelajuan bantal itu terbang memang laju dan kelihatan sangat padu sahaja kalau kena di batang hidung. Terbukti benar bakat tersembunyi Qaisara yang memang merupakan juara lontar peluru dan lempar cakera di sekolahnya. Dalam sekelip mata, bantal itu sampai juga ke muka Emil. Tepat sekali sasaran Qaisra. Tepat di batang hidung milik Emil.
        “ Hei! Perempuan! Apa masalah kau, hah?! Suka hati mak bapak kau je nak baling bantal ni kat muka aku! Kau ingat kau siapa, hah?!” jerit Emil. Ternyata dia benar –benar terkejut dengan serangan padu dari Qaisara. Dia fikir Qaisara yang tiba-tiba diam itu telah pergi dari biliknya, namun sangkaannya betul-betul ke laut. Tak disangka Qaisara masih di biliknya dan berani pulak tu perempuan gemuk itu hendak merosakkan muka mahalnya itu. Dia kini sedang memandang tepat ke arah Qaisara. Tak guna punya perempuan! Suka hati dia saja nak kacau aku tidur.

        “ Ahhh!!!” jerit Qaisara sambil menutup mukanya. Dengan segera, dia keluar dari bilik Emil itu. Tidak sanggup dia berlama di dalam. Malunya tadi dia benar-benar tak boleh disorok lagi. Emil yang sedang berdiri di atas sambil bercekak pinggang itu, pelik dengan kelakuan Qaisara. Kejap... apa yang dia pandang sebenarnya. Opss,terlupa pula nak pakai baju.. nasib baik aku pakai short.Kalau tak, habis semua aset aku perempuan tu pandang. Hei, entah apa- apalah. Emil hanya menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

“Ish, malunya tadi. Rasa macam tak sanggup je nak pandang muka dia sekarang ni. Qaisara, buat je muka bodoh. Buat tak tahu je, Qaisara,” kata hati kecil Qaisara.

“Dah, kau ni kenapa? Datang sini nak ajar aku ke nak jadi orang bisu? Ke.. lepas dapat tengok body aku yang lawa tadi, kau tiba-tiba hilang suara?” Tanya Emil sambil tersenyum sinis. Bukan dia tidak tahu sebab Qaisara membisu sejak tadi, sengaja dia mahu mengusik gadis di hadapannya itu. Qaisara yang mendengar pertanyaan Emil itu terus terbuntang matanya.

“Ish. Tak ada maknanya sebab kejadian tadi. Dan lagi satu, kau kata body kau lawa? Hei, tolonglah. Tiang lampu lagi cantik lah kalau nak dibandingkan dengan body kau yang berkeping tu,” jawab Qaisara sinis.

“ apa kau cakap?! Kau jangan...”
“ Dahlah. Daripada aku buang masa bertekak dengan kau, baik aku ngajar kau cepat. Nah! Latihan ni...aku photostate semalam. Jawablah!” Kata Qaisara sekaligus menghentikan semua kata-kata dari mulut Emil.

“Aku tak nak buat! Suka hati kau kan nak menyampuk apa yang aku cakap. Aku tak habis cakap lagi, kau dah sampuk! Kau ni kan kena diajar adab bercakap dengan orang lain. Jangan suka nak menyampuk masa orang lain sedang bercakap.Kau ni sepatutnya…”

“ Tak nak buat? Ok. Kalau macam tu, aku balik dululah. Buang masa aku saja kalau aku nak dengar ceramah dari kau tu,” kata Qaisara sambil mengemaskan buku-bukunya yang berselerak di atas meja makan itu.Belum sempat dia mengemas habis semuanya, Datin Syarina sudah datang bersama Haikal, abang Emil.

“ Qaisara nak pergi mana ni? Bukan korang baru start ke?” tanya Haikal.

“Entahlah Haikal. Adalah orang tu... orang suruh dia buat latihan...tapi dia tak nak buat. Kalau orang dah tak sudi, kita tak boleh paksa. Betul tak Haikal?” jawab Qaisara sambil menjeling Emil. Datin Syarina yang mendengar penjelasan daripada mulut Qaisara itu lantas memandang Emil dengan pandangan tajam. Emil yang terpandang akan pandangan maut dari mummynya itu segera menjungkit bahu.

“ Emil ni. Dah ada orang yang suka ajar kau tu, terima lah. Layan lah orang tu elok-elok,”kata Haikal.

“ Abang tak tahu apa-apa sudah. Kalau abang nak sangat Emil belajar dengan dia ni, abang sajalah yang belajar dengan dia. Emil tak ada hati nak belajar dengan dia.” Kata Emil sambil mengangkat kaki meninggalkan ruang makan keluarganya itu. Sempat juga dia menjeling maut kepada Qaisara. Siaplah kau nanti. Hari ini memang hari kau. Esok lusa belum tentu lagi.

“ Tak apalah, Aunty ,  Haikal. Qaisara tak boleh paksa Emil untuk terima Qaisara sebagai tutor dia. Maaflah, Aunty. Qaisara kena balik ni. Tiba-tiba saja kawan Qaisara datang rumah. Pergi dulu ya, Aunty,” kata Qaisara sambil menyalami tangan mulus Datin Syarina. Datin Syarina hanya mampu mengeluh. Entah apalah nak jadi dengan mereka berdua ini. Nampak gayanya kenalah tukar kepada plan baru. Plan B.

“ Tengoklah adik kesayangan kamu itu, Haikal. Mummy tidak tak apa lagi hendak dibuat dengan Emil itu. Kesian Mummy tengok Qaisara tadi. Dia pula yang menjadi mangsa adik kamu itu,” luah Datin Syarina kepada anak bujang sulungnya itu.

“ Entahlah, Mummy.  Haikal pun tak tahulah apa hendak jadi dengan Emil tu. Haikal rasa betullah apa yang Mummy cakap pada Haikal semalam. Emil dan Qaisara kalau berjumpa saja, anjing dan kucing bergaduh pun boleh surrender. Entah- entah Perang Dunia Ketiga meletus pun nanti, merekalah puncanya. Apapun Haikal percaya yang Mummy mesti dah sediakan backup plan, kan? memandangkan plan A Mummy tak berapa nak menjadi,” gelak Haikal.

“ Eh, kamu ni. Kamu ni bercakap langsung tak tengok siapa yang kamu sedang bercakap ni. Ini Datin Syarinalah. Semua plan Datin Syarina tak pernah tak menjadi, tau. Dari Plan A sampailah Plan Z. Siapa cakap yang plan A Mummy tak  menjadi. Plan A Mummy akan berjalan sampai SPM Emil tu tamat. Sekarang, kita berganjak ke plan seterusnya, Plan B.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

“ Qaisara, saya peliklah. kenapa dua menjak ini awak tak bercakap langsung pasal buah hati awak tu?” usik Khadijah. 

“ Siapa pula buah hati saya? Saya mana ada buah hati,” nafi Qaisara dengan pantas. Takut-takut ada yang curi-curi mendengar.

“ Takkan awak hendak saya menyebutnya namanya pula?”
“ Awak jangan berani hendak berbuat macam itu, Khadijah. Saya gam mulut awak itu baru tahu,” ugut Qaisara

“ Bertenanglah, sahabat saya ini. Saya bergurau sahajalah. tapi persoalan saya , awak belum menjawabnya lagi. Saya serius hendak mengambil tahu ini,” bersungguh Khadijah hendak mengorek rahsia hati Qaisara.

“ Jangan kata yang awak sudah move on?” tanya Khadijah berterusan.

“ Betullah itu. Memang saya nak lupakan lelaki tidak guna itu,”luah Qaisara. 

Ya. Dia sudah bertekad. Dia sudah bertekad bahawa dia tidak akan menyukai lagi lelaki yang bernama Harraz Mikhail Bin Dato’ Johari itu lagi. Segala perasaan suka dirinya terhadap lelaki itu akan dia buang sejauh-jauhnya. Sejauh -jauhnya sehingga kalau boleh dia tidak mahu langsung mengingati nama lelaki itu lagi. Memang bila difikirkan agak keterlaluan, namun hati kecil miliknya itu sudah terlalu dalam lukanya. Lukanya itu nampaknya sukar hendak sembuh. 

Baginya lelaki di dunia ini semuanya sama sahaja. Tiada yang menilai seseorang itu berdasarkan perwatakan . Semuanya hanya mementingkan rupa paras dan fizikal yang hanya sementara. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk menjadi kurus, namun ummi dan walidnya tidak mengizinkan. Kata mereka, Qaisara Insyirah cantik seperti adanya. Tidak ada cacat cela pada anak tunggal mereka itu. 

Walaupun Qaisara berbadan besar, namun ummi dan walidnya tidak pernah menyuruhnya malah mengutarakan hasrat untuk melihat dirinya kurus. Kata umminya, kurus atau gemuk itu hanya berbentuk subjektif. Manusia mencintai dan dicintai atas berjuta sebab dan sebab yang paling agung adalah cinta kerana Allah.

“ Qaisara, tak baik gelar buah hati awak macam tu,” usik lagi Khadijah.

“ Kan saya dah kata yang dia bukan lagi buah hati saya. Sekarang ini, tiada sesiapa dalam hati saya melainkan walid dan ummi saya serta awak,” kata Qaisara dengan nada geram.

“ Ikhlaskah apa yang awak cakap tadi?” Nampaknya Khadijah masih lagi dalam usikannya terhadap Qaisara.

“ Eh, tidaklah. Saya gurau saja,” sindir Qaisara lalu mengangkat kakinya meninggalkan sahabatnya itu yang masih dengan ketawa kecilnya.

“Jangan marah. Macam biasa, saya bergurau saja. Ala, jangan risau. Dunia ni banyak lagi lelaki yang lebih baik dan lebih hebat. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Tak begitu, Cik Qaisara Insyirah?” tanya Khadijah sambil tersenyum manis. Qaisara yang mendengar hanya mengangguk sambil mengukir senyuman. Entahlah. Barangkali seukir senyuman palsu yang diukir bagi menjaga perasaan sahabatnya itu. 


“Persoalannya, berapa lama lagi aku dan jodoh itu bakal bertemu?” getus hati kecil milik Qaisara. Dia hanya berharap agar Allah mendengar rintihannya itu.

No comments:

Post a Comment